Tuesday 28 April 2009

jatuh cinta pada warwick dan orangnya??

easter dah lama berakhir..alhamdulillah,cuti yang singkat telah dpt dimanfaatkan sepenuhnya..
jaulah terakhir adalah di birmingham dan warwick..melawat warwick castle yang cun habis dan dijamu dengan pelbagai juadah enak..bes la warwick!!..walaupun dah dua kali ke warwick namun rasa rindu pada warwick selalu di hati..hehehhe =)

kalo dulu,sy pernah berpesan pada housemate kesayangan..
'Jan,kalo sy hilang,awk cari la sy di lake side..'

tapi lepas lawat warwick,kasi tukar sikit
'Jan,kalo sy hilang,cari sy di warwick castle ye..sy dah jatuh cinta sama warwick dan
orangnya..heheh=)'



bagi sape2 yang minat bunga dan x de masa cari bunga di amsterdam,boleh je ke warwick,ye!!mmg cun sgt..




to alia n faten,jangan serik dengan sy yang mungkin akan datang lagi warwick..thanks korang!!memang anda akan dilayan sebagai tetamu la di warwick..sy pn kene blajar dri diorg cm ne nak smbut tetamu n layan tetamu dengan baik..

to teah,wan,atikah n kak akma...ampun,x dpt layan korang sangat..=(..lain kali sy akan cuba cari masa untuk layan tetamu dengan baik ye..

Dari Abu Syuraih Al 'Adawi r.a. katanya :
"Kedua telinga saya mendengar dan kedua mata saya melihat,
ketika Rasulullah s.a.w. berkata, beliau bersabda
"Sesiapa yang ada beriman kepada Allah dan hari
kemudian, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya
jamuan tambahannya." Mereka bertanya :
"Apakah jamuan tambahan itu ya Rasulullah"
Beliau menjawab : "Sehari dan malamnya"
Menerima tamu itu hanya tiga dan barang siapa
yang lebih dari itu, adalah sedekah.".
Beliau bersabda lagi : "Sesiapa yang ada beriman
kepada Allah dan hari kemudian , maka hendaklah
dia mengucapkan perkaan yang baik atau diam saja".
Hadis sahih riwayat Muslim


moral of the story:layan tamu dengan baek~~biar rumah sentiasa berseri..tetamu itu pembawa rahmat..=)..selamat melayan tetamu

p/s:dibaiki sebab ada kawan tegur..sje nk jaga hati kawanku yang seorng ni=)

Tuesday 21 April 2009

sabar

usrah kali lepas membicarakan soal sabar..dush menusuk ke kalbu saat kata sabar dilafazkan..kenapa??kerana sy tahap kesabaran saya memang diuji dengan cukup dasyat sekali.walau bibir x lekang lekang dengan senyuman,luka di hati tak siapa akan mengerti melainkan Ilahi(atas kesedaran bahawa tawa dan tangis itu dari Allah,surah An Najm:43)..akhirnya,sy mengambil keputusan untuk diam sebentar dlm usrah tersebut dan cuba mencari kekuatan untuk meneruskan agenda seterusnya..

sabar..betulkah sabar ada tahapnya..seseorang berkata "memang la kene sabar,tapi sabar ada tahapnya.." saat dia berkata begitu,bermakna sudah tidak sabarlah dia..huhhuu..sabar tu tidak ada tahapnya..ia adalah proses berterusan.oleh itu hadapilah ujian itu dengan penuh rasa SABAR dan SYUKUR..=)

contoh mudah..andai si isteri tidak tahan melayan kerenah si suami dan setelah 15 tahun bersama,si isteri mengambil keputusan untuk meninggalkan si suami lantaran sudah tidak sabar dengan kerenah suami dan yakin bahawa si suami tidak akan merubah sikapnya.. tetapi sebaliknya terjadi,si suami,selepas 15 tahun bersama merasa si isteri sudah banyak berkorban dan mula berubah sikapnya...tetapi dek kerana tidak sabar si isteri yang pergi meninggalkan suami,hancurlah rumah tangga itu..mungkin saat isteri melafazkan kata "bye..bye" suami sebenarnya ingin mengatakan "maafkan saya kerana mengabaikan keluarga kita selama ni..".Andai sahaja isteri bersabar untuk satu detik lagi,maka selamatlah satu rumah tangga dan menangislah SYAITAN yang membisikkan kata durjana..

soalan:mana lebih baik bersabar untuk 15 tahun 1 detik dan bahagia..atau bersabar 15 tahun tetapi kecundang>>tidak bahagia di dunia dan akhirat..huhuhhhu..renung-renungkan

kuncinya..SABAR..SABAR..dan BERSABAR..

Ya Allah, andai kesabaranku ini diterima,gantikan aku dengan ganjaran SURGAMu..=)

selamat berSABAR=)whenever you sad,smile=)

Tuesday 7 April 2009

eater break part 2

easter break dah nak melabuhkan tirainya..
kerja masih banyak..sempat kah semuanya disiapkan..??
makan tak tentu..
tidur tak lena..
fikiran melilau..
solat..huhhhuu..makin sukar nak khusyuk..
masa makin suntuk..
masa makin cepat berlalu..

tapi layakkah kita merungut sebab masa yang selalu tak cukup??
tanggungjawab yang tak akan henti-henti datang..
lepas satu berlau..satu lagi datang bertamu..
badan keletihan,otak kepenatan..
dek terlalu penat sampai boleh terkunci di bangunan portland..huhhuu..

masa itu hak Allah..
kesibukan itu datang dari Allah..
tanggungjawab itu Allah yang beri..
letih itu cabaran dari Allah..
jadi kesimpulannya mudah..
balik pada Si Pemberi..
kurangkan rungutan,luaskan pandangan..
disebalik segala usaha untuk berjaya jangan lupa kejayaan juga dari Allah..
berbaik sangka pada Allah,InsyaAllah hidup bahagia..amin..

cuti macam tak cuti..
x perlu merungut..Nabi dulu tak pernah cuti pun..
ayuh pelajar-pelajar sekalian,usaha tangga kejayaan..
Usaha biar first class,kejaayan biar Allah tentukan..

p/s:untuk sapa2 yang baca post easter break yang sebelum ini,dialog itu hanya rekaan semata-mata..kerana ramai yang komen kata-kata itu benar2 berlaku..bagi yang masih berjaulah,moga dapat hargai ciptaan Allah yang Maha luas..

yang hanya dapat lihat lakeside Nottingham je,(ie:x berjaulah banyak mcm saya)..jangan bosan..lakeside dah makin meriah,ayuh meriahkan lagi..bagi yang sukakan ketenangan,waktu pagi memang sesuai..moga semua diberikan kekuatan untuk teruskan kehidupan yang tak pernah bagi kita peluang kita berehat..nak rehat, tunggu SYURGA Allah ye,rakan-rakan..=)

Wednesday 1 April 2009

rindu As-Saad

As-Saad..
tempat aku menemuimu rakan-rakanku
masih igtkah korang..
waktu sama-sama kita plan program sama-sama
studi sama-sama
kemas As-Saad sama-sama
pergi rumah kak nik sama-sama
dan yang paling aku ingat
saat-saat kita tarik sign "sila pasang kipas"...sampai tergolek-golek orang gelak
sekarang masing-masing membawa haluan masing-masing
tapi aku yakin,kita punya tujuan masih sama
dan alhamdulillah kita sentiasa di jalan yang sama
semuanya bermula di As-Saad

saat subuh..
saat dhuha..
saat tidur..
saat menunggu buka puasa..
saat bagi makan kucing..
waaaaah..rindu sekali..

apa yang lebih penting moga ukhwah kita berpanjangan
ukhwah dengan adik-adik sentiasa terjaga..
sahabat..andai kita x dapat melalui detik waktu itu bersama lagi
aku harap kita semua ingat setiap detik yang berharga tu..
masih istiqamahkah kita dengan apa yang kita dah buat dulu??
masih subuh di awal waktu kah?
masih qiyam di malam hari kah?
masih Al-mathurat setiap pagi kah?
masih dhuha setiap hari kah?
moga dengan setiap amalan yang kita lakukan dulu sentiasa kekal dlm ingatan kita dan masih kita istiqamah dalam mencari redhaNya..amin

khas buat sahabat2ku..
ajah,nurul,ida,sal,akma,dayang..
'chaletmatesku'..baie,tiqah,hanisah,teah
kawan kecilku..jan
moga persahabatan kita kekal selama-lamanya..amin
bertemu tak jemu,berpisah tak gelisah:)