Khamis,4 November 2010
Umumnya wanita ialah makhluk perasaan berbanding lelaki yang lebih kepada makhluk akal. Kebanyakan wanita, hatinya di mulut manakala lelaki,akalnya di mulut. Bagaimana? Lihat sendiri apa yang dirasakan oleh wanita,pasti akan diluahkan dengan kata-kata. Namun,lelaki,jarang sekali berbicara.
“.. Before they talk or respond, they first THINK about what they have heard or experienced. Internally and silently they figure out the most correct or useful response. They first FORMULATE IT INSIDE and then express it...” [Men are from Mars Women are from venus by John Gray]
Jelas di situ menunjukkan lelaki merupakan makhluk akal yang hanya berbicara selepas berfikir lama.
Berbalik kepada wanita,makhluk perasaan.
“ Tok Wan, bagaimana mendidik anak perempuan?”
“Perlu banyak meraikan. Raikan mereka dengan kata-kata,belaian dan pemberian. Hargai pandangan mereka,kegembiraan,kesedihan,kejayaan dan kegagalan mereka.. Selalu ucapkan tahniah,takziah,pujian dan pujukan.. pada ketika sesuai,berilah hadiah..”
“Kenapa?”
“kerana mereka makhlk perasaan. Dan pendekatan meraikan lebih berkesan bila berdepan dengan perasaan..”
“ Itu pendekatannya..bagaimana dengan prinsipnya..?”
“ Bayangkan bakal isteri dan bakal Ibu!”
(petikan Nota Hati Seorang Lelaki-Ustaz pahrol Juoi yang telah diubahsuai)
Jadi,bagaimana? Tidak sedarkah kita,apabila kita berdepan dengan anak perempuan,kita sebenarnya berdepan dengan bakal isteri dan bakal Ibu..oleh itu,kita harus melihat bakal isteri dan bakal Ibu sebagai end in mind
Bermulanya aplikasi tentang ilmu Begin with the end in mind. Apabila melihat anak perempuan, bayangkan dia sebagai seorang bakal isteri kepada seorang Mujahid Islam. Apa yang diharapkan dalam diri seorang isteri pejuang Allah?
Ketaatan – maka didiklah dia agar sentiasa patuh dan taat perintah Allah,nanti mudah-mudahan dia sentiasa mentaati perintah suami yang tak bercanggah dengan ajaran Islam
Cantik – maka,jangan lupa tekankan agar dia sentiasa menjaga kecantikan tingkah laku,pakaian,bilik dan ajar agar dia pandai menjaga kekemasan diri dan keluarga
Menjadi penyokong sejati pejuang Allah. Cukuplah sekadar menyatakan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah melalui kisah yang cukup masyhur
Once, years after Khadijah died, he came across a necklace that she once wore. When he saw it, he remembered her and began to cry and mourn. His love for her never died, so much so, that his later wife A'isha became jealous of her. Once she asked the Prophet if Khadijah had been the only woman worthy of his love. The Prophet replied: "She believed in me when no one else did; she accepted Islam when people rejected me; and she helped and comforted me when there was no one else to lend me a helping hand." [iklan : y menjadi signature emailku :)]
Maka,tidak dinafikan betapa besar sokongan yang diberikan oleh Khadijah buat suami tercinta. Moga kita semua dapat menjadikan Khadijah sebagai contoh terbaik
Kini,kita beralih pula pada seorang bakal Ibu. Jika ditanya pada diri masing-masing. Apakah yang paling kita harapkan daripada seorang Ibu? Tentu sekali kita mengharapkan kasih sayangnya. Maka, didiklah ana perempuan agar mereka mempunyai sifat kasih sayang. Terapkan agar dia sentiasa menyayangi adik-beradiknya,sayang akan alam sekitar dan sayang pada diri sendiri agar sentiasa mengawasi diri daripada perkara yang tidak elok di luar sana.
Ibu juga perlu mempunyai kesabaran yang tinggi. Didiklah anak-anak dengan kesabaran. Tanamkan sabar dalam diri mereka untuk menanggung derita,ujian Allah,sabar menanggung kepenatan berjuang,sabar dalam melayan kerenah adik-adik dan sebaginya.
Akhir kalam,dalam mendepani anak sebagai bakal isteri seorang mujahid Islam, soallah pada diri sendiri “Adakah menantu aku akan mendapat ISTERI SOLEHAH?” manakala bila berdepan dengan anak perempuan sebagai seorang bakal Ibu,tanyalah “adakah cucuku nanti bakal memperoleh Ibu yang Mithali.?”
Masih belum terlambat untuk bersiap siaga melahirkan anak-anak perempuan yang memenuhi ciri-ciri Isteri Solehah dan Ibu Mithali kerana semuanya bermula daripada kita yang sememangnya kita sendirilah yang akan mencorak mereka. Oleh itu,kita dulu yang perlu menjadi Isteri Solehah dan Ibu Mithali !!
olahan kembali oleh sy melalui beberapa buah buku yang dibaca. Yang baik dari Allah, yang buruk juga dari Allah tapi bersabit dengan kelemahan saya.
Hanya kata-kata yang maksum yang tidak boleh disangkal,dan yang maksum hanya Rasulullah SAW. Oleh itu tak mustahil jika ada kesilapan dalam penulisan ini. Maaf salah silap :)
[has been written few months ago and i just have time to publish it. Moga bermanfaat]
Selamat hari Jumaat!
Thursday, 4 November 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)