Tuesday 23 March 2010

the moment i know you,iluvislam =)

Jun 2009

Kedatangan Ustaz Kadir ke UK telah memberi satu impak besar dalam hidup fatin kerana dia mula mengenali rapat dengan iluvIslam yang sememangnya agak asing dengan dirinya. Ustaz Kadir merupakan ustaz dari Mesir yang sangat hebat dan beberapa anak muda berkeputusan untuk membawa Ust Kadir ke seluruh UK.

PIC di Nottingham sendiri ialah saudara Ariff Sodri dan oleh sebab mempunyai kekangan masa pada waktu itu,atas sebab Nottingham diselubungi musim peperiksaan akhir semester,Ariff meminta bantuan fatin untuk menguruskan urusan teknikal semasa Ust Kadir di Nottingham

Alhamdulillah,di situlah bermula detik fatin bergerak dalam iluvislam. iluvIslam bersama NMS bergabung tenaga menganjurkan talk Ust Kadir selepas peperiksaan berlangsung

Pada masa ini,fatin sedang berusaha dengan Source of Peace (SOP). Program yang bakal diadakan di KYUEM sekitar Ogos 2009 (selepas MOC 2009). Oleh sebab Ust kadir pernah ke Gaza,peluang yang ada digunakan untuk menemuramah Ust Kadir untuk dikongsikan bersama-sama adik-adik di KYUEM semasa SOP nanti

**terima kasih buat Ariff dan Daus yang banyak membantu dalam pembikinan video Ust Kadir

Seterusnya,terdapat satu iklan untuk mencari Setiausaha Tajaan FUIYO 2009. jadi,untuk membantu pihak penganjur,fatin mencadangkan seorang yang cukup bekaliber dan dijangka mampu utk membantu iluvislam dalam mencari dana untuk FUIYO 2009.

Namun,mungkin sudah ditakdirkan,orang tersebut tidak mampu menggalas tanggungjawab tersebut,sebaliknya,Pengarah FUIYO 2009,Iqtidar meminta fatin untuk menggalas amanah tersebut.

Berfikir~~oleh sebab agak occupied dengan beberapa program lain di Malaysia,mungkin tanggungjawab ini agak mencabar pada ketika itu,kerana dalam keadaan ekonomi yang kurang menarik pada masa itu,mungkin agak sukar untuk mendapatkan dana/sumbangan.

Maka,jika ingin diteruskan,harus all out di Malaysia. Akhirnya,fatin menerima pelawaan Iq (mungkin pada masa tu agak kesian tgk orang cari orang utk FUIYO..so,redha~~)

maka,apabila pulang ke Msia,mulalah pengembaraan baru sebagai sebahagian daripada iliuvIslam

****

Setelah seminggu berada di rumah (di Malaysia), masanya untuk keluar menuntut ilmu. Menghadiri ESQ 165 di Kuala Lumpur menyebabkan pertemuan yang tak dirancang dengan Presiden iluvIslam sendiri,Imran. Im datang pada hari terakhir ESQ oleh sebab iluvIslam mensponsor ahlinya ke ESQ secara PERCUMA ke ESQ!!wah..sangat bertuah pada sesiapa yang dapat ke ESQ secara percuma!!

di akhir sessi,semasa menunggu seorang sahabat untuk pulang bersama-sama,Im datang memperkenalkan diri,menarik juga. kini,sudah kenal dengan Presiden iluvIslam sendiri,maka,semangat untuk memberi pada iluvIslam semakin meninggi..chewah!! (maka,penting untuk kita mengenali pemimpin dan ada rasa hormat dan thiqah pada pemimpin)

dan bermulalah pencarian dana untuk iluvIslam. bermula agak lewat. selepas MOC berakhir. Mendapat galakan dan semangat daripada Ajah,kerana dengar khabar MOC kurang mendapat sumbangan.

"Memang keadaan sekarang sukar nak mendapat dana,namun mungkin kalo usaha lebih sikit,akan dapat dana yang banyak..fighting fatin!!" - Ajah

baik,Ajah!! terima kasih atas semangat tu. FIUYO harus berterima kasih pada Ajah sebab itulah turning point yang besar untuk fatin mula bergerak..Sayang Ajah!! =)

tak dinafikan,agak sukar..

Credit mengalir bagai air sungai..minta sana,minta sini..tak ramai yg nak sumbang..ada juga yang terus putuskan talian bilamana mendengar perkataan sponsor..huh..

Di sini lah fatin melihat iluvIslam sebagai sebuah keluarga. bantuan daripada sahabat-sahabat yang tak putus-putus. Antaranya daripada Ruzaini yang sangat banyak membantu fatin berurusan dengan orang-orang kita nak mencari sponsor daripada. Terutama daripada KarangKraf,Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Allah..memang tak dapat nak balas jasanya. Kak dina juga banyak membantu. Setiap kali ke KL,rumah Kak Dina lah yang menjadi tempat persinggahan..

Berkat usaha gigih dan doa daripada semua,alhamdulillah..FUIYO 2009 berjaya mendapat keuntungan melalui dana yang banyak disumbangkan. (tak perlu di nyatakan berapa jumlahnya)

Semuanya rezeki daripada Allah,bukan sebab fatin dan krew-krew lain semata-mata. Bukan untuk riak atau sombong namun nak berkongsi 3 perkara yang amat besar

  • dalam kita berusaha membuat kerja,jangan LUPA Allah di tempat yang tertinggi. Apa sahaja yang kita lakukan,mohon Allah bantu. kita insan yang lemah,sangat1000x perlukan Allah sebagai tempat bergantung..selalu fatin doa agar yang memberi bantuan itu,lembut hatinya..mudahkan urusan FUIYO dan lain-lain
  • niat yang diletakkan juga penting. kalau niat untuk menunjuk2 yang kita hebat,iA,orang akan nampak kita hebat. TAPI kalau niat memang nak bantu kerja-kerja di jalan Allah,iA,Allah akan bantu kita..ingat jual beli dengan Allah..jika kita jual dengan IKHLAS,iAllah,Allah akan beli dengan harga yang MAHAL (ie bantuan dari Allah yang berterusan). Mungkin orang tak kenal pun siapa yang berada disebalik tabir pembikinan FUIYO,namun Allah Maha Tahu..bukan itu lagi penting?
  • support system yang kuat..terima kasih atas bantuan yang berterusan daripada sahabat-sahabat..
**to be continued**