Sunday 30 May 2010

mode : happy

dalam kesibukan menyediakan diri utk 2 paper terakhir selasa dan rabu ni, hari ni sempat mendapat khabar berita daripada 3 orang adik tersayang (cukup membuatkan fatin gembira tatkala stress dgn revsion yang menggunung)

1) Milah

Alhamdulillah,exam nya baik. semua boleh jawab. esok (Isnin, hari terakhir Milah exam). semoga beroleh kejayaan,Milah!!

* kalau ikut dalam beberapa minit lagi,beliau akan duduki exam Kemahiran Hidup (lebih kurang 8 am waktu Msia)

2) Wit (aka amalina Shukri)

lama tak dengar khabar Wit. sempat sembang dalam 20 minit dan bincang mengenai cuti musim panas. iAllah,jika diizin,boleh jumpa Wit summer ni. sudah dikalendarkan tarikh2 penting!

selamat beursaha utk Practical esok,Wit!

3) Effa (Afifah Amri)

Alhamdulillah.. result yg diperoleh lebih drps jangkauan. Moga dipermudahkan lagi utk exam2 seterusnya,Effa!



ukhwah itu indah andai dalam ukhwah itu ada ikhlas,andai dalam ukhwah itu ada sayang, andai dalam ukhwah itu iman

Semoga Wit dan Effa dapat jadi doktor yg baik dan cemerlang dunia dan akhirat. Dan moga2 pertemuan kita summer lepas berjaya menguntumkan ukhwah yg baik antara kita. iA,ada rezeki, jumpa lagi summer ni!

buat Milah.. sabar ye tunggu ak balik.. sayang adik ak sorang ni.. :)

Yosh! Jom Study!

:)


Wednesday 26 May 2010

Khinzir dan Riba..



“weyh tadi mase aku nak balik dr town, aku nampak pakcik kedai Mubarak(bukan nama sebenar) ni macam bawak daging BABI masuk kedai dia!!!” kata jeha(bukan nama sebenar)

“serius!!!! (muke terkejut)..Weyh biar betul,ko mmg nampak tu daging BABI ke? Jangan main tuduh je,ramai kot malaysian yang slalu gi beli ayam kat situ.. aku pon slalu beli ayam kat situ…camne ko tau tu BABI??” kata si lijah(bukan nama sebenar juga)

“betol weyh, aku yakin tu daging babi, aku tgk kaki dia, hidung tu x sure ar plak, tapi mmg aku yakin la tu bukan kambing, sah2 la lain bentuk dia kan…”kata jeha

“huuu klu gitu mmg da x boleh beli kat situ la.. sbb kita x tahu, tah2 dia guna pisau sama ke, da jadi was-was dah halal ke tak ayam yang kita dok beli kat situ, next time mmg kne beli kat kedai Aisyah(nama sebenar-promote sket~) la plak, yg tu insyaAllah mmg diyakini halal” kata lijah

“haah, walaupun jauh dan kena panjat bukit sikit, tapi itulah sumber yg kita yakini halal, so kite kena la usaha” kata jeha…..

Hurmmm, rancak betul perbualan seseorang muslim bila timbul isu babi ni, terutamanya dalam bab makan dan minum yang merupakan daily routine kita. Even kalau terbeli baju,kasut atau barangan yg berunsurkan BABI, ade je yang terus buang tanpa mempersoalkan boleh ke tidak untuk memakainya walaupun kos membelinya ada sampai 20-30 euro. Begitulah sensitivity umat islam bila berkait dengan Babi ni.

*Apa kaitan nya dengan riba'? Mari selusuri bacaan seterusnya!

baca lanjut

Thursday 6 May 2010

bahagiakan dirimu


  1. jika lihat semua rumah sama bentuknya dari luar,jangan sangka rekaan di dalam rumah turut sama. setiap rumah punyai cerita yang berbeza dan semuanya ada turun naiknya sendiri
  2. kadang-kadang bila orang ditimpa musibah,kita lah tempat orang mengadu.. kita la tempat mereka meluahkan rasa..lantas kita berikan semangat..berikan kata2 perangsang agar mereka kuat kembali..wpun tidak kuat semuanya,harap2 kita dapat membantu meringankan beban yang ditanggung.. namun,bila kita ditimpa musibah,seakan sukar mencari tempat untuk mengadu..kenapa ye? adakah kita belum jumpa tempat yang benar2 selesa untuk kita meluahkan rasa?
  3. kadang2 emosi melebihi yang lain..salahkah jika terlampau sedih lantas tak mampu lagi nak menanggung beban.. memang beban itu yang layak kita pikul,Allah tak bagi yang lebih berat dari yang kita mampu pikul..itu adalah PASTI
  4. masalah akan sentiasa ada. tak akan berhenti datang.. lepas satu,satu yang datang. itu corak dan warna kehidupan
***

hanya menyatakan beberapa omelan kosong yang biasa didengari..

kenapa harus fikir masalah yang satu sampai terlalu asyik dengan masalah?

bukankah banyak lagi hal lain yang boleh menggembirakan dan membahagiakan?

apa2 pun yang berlaku..ingat satu benda..

di setiap pelosok dunia ni akan ada orang yang sentiasa concern,ambil berat dan ambil kisah pada diri kita

yang selalu bersama-sama kita..setiap orang mungkin punyai orang yang berbeza..mungkin orang itu ialah ibu bapa,adik beradik,teman rapat dan jangan dilupa..yang paling selalu ambil berat tentang kita ialah Allah SWT

maka,apa2 pun yang berlaku,fikirkanlah kemaslahatan orang yang ambil berat pada diri kita..

jika tak mahu buat mereka sedih,kita dulu yang perlu gembira

jika tak mahu mereka kecewa,kita dulu yang harus ceria

pokoknya,nak bahagiakan orang yang kita sayang,harus bahagia kan diri sendiri dahulu

pokoknya,kita harus selalu rasa syukur dan hargai nikmat yang ada terutama orang2 disekeliling kita yang kita sayang~~

selamat bahagiakan diri anda.. anda tak layak untuk terus sedih dan murung kerana masalah yang ada..

anda layak untuk bahagia..pintu bahagia itu terlalu banyak..jika satu pintu bahagia tertutup untuk anda,anda masih berhak bahagia.. pintu bahagia anda dengan teman rapat anda mungkin berbeza..jangan iri hati pada dia, tapi gembiralah untuk dia...iA,anda akan bahagia

semoga sentiasa selamat dan bahagia
fatin
UoN

saya nak bahagiakan kamu,oleh itu saya mesti rasa bahagia

saya mahu terus sokong kamu,oleh itu saya mesti kuatkan diri saya

Monday 3 May 2010

cerita di sebalik Kursus Pra Perkahwinan Warwick

Kronologi

Selepas POP Nottingham,fatin dapat mesej daripada seorang teman,mengatakan bahawa ada sepasang pasangan dari London yang bakal berkahwin meminta agar diadakan Kursus Pra Perkahwinan kepada Ustaz Erfino. Dan ditanya jikalau Nottingham sanggup untuk jadi tuan rumah bagi menguruskan Kursus ini

Maka,atas dasar ingin membantu pasangan tersebut dan memudahkan urusan Ustaz Erfino,fatin menawarkan diri untuk menguruskan Kursus pra Perkahwinan tersebut. (atas dasar ingin membantu sebab pada waktu itu,semuanya sibuk menguruskan hal lain)

dalam perjalanan pulang ke Nottingham dari POP Surrey,fatin berbincang dengan teman tadi tentang Kursus tersebut oleh sebab,semua POP(POP 3 serangkai berakhir di Surrey) sudah selesai. dan esoknya,terus mesej Ustaz Erfino untuk meneruskan perbincangan.

namun, setelah semuanya hampir pasti,Pengarah Teknikal Kursus Pra Perkahwinan Nottingham terpaksa berundur kerana mempunyai banyak komitmen lain. Oleh itu,fatin terpaksa memohon bantuan sahabat lain,seperti Akmal,Hafizuddin dan Khairul. Setelah berbincangan,Hafizuddin setuju untuk menjayakan Kursus Pra Perkahwinan di Warwick pada 1-2 Mei dan melantik Khairul sebagai Pengarah Teknikal. Alhamdulillah (yang penting pasangan London tadi dapat mengahadiri Kursus pra Perkahwinan dan dapat melangsungkan perkahwinan dengan jayanya)

Majlis "Check out"

Setelah selesai berkursus selama 2 hari,tiba majlis penutup. oleh itu,Ustaz Erfino meminta agar semua peserta "check out" dengan menyatakan hasil dapatan selama 2 hari berkursus.

Menjadi peserta terakhir untuk check out.

Tiba-tiba tergerak hati untuk mengenali pasangan London tersebut. Namun,rupa-rupanya sebaliknya terjadi.

Rupa-rupanya tiada pasangan dari London yang ingin melangsungkan perkahwinan. kaget. Rupa-rupanya,salah faham berlaku

Ibrah

Niat utama untuk melaksanakan Kursus ini hanyalah untuk membantu pasangan tadi dan memudahkan urusan Ustaz Erfino

maka,jika hal ini tidak berlaku

  1. Fatin tidak akan bersungguh2 untuk menjayakan kursus kahwin ini
  2. Fatin tidak akan pernah ambil kisah tentang kursus ini
Fatin memandang hal ini dengan cukup baik. Ternyata,jika Allah mengiginkan sesuatu,boleh sahaja Dia lakukan dengan apa cara sekalipun

Kursus pra Perkahwinan ini amat bermanfaat,buat Fatin juga rakan-rakan lain

buat fatin sendiri,

terima kasih,Ustaz Erfino atas sebab yang hanya saya dan Allah yang tahu dan sepatutnya,saya telah lama hadir ke kursus ini sebalum mula mencari calon pasangan hidup. namun,tak bermakna telah terlambat kerana iAllah,Allah pertemukan saya dengan seorang yang cukup baik dan dapat membimbing kami sekeluarga..Amin

Flow yang cantik Allah aturkan agar fatin ke kursus kahwin ni,kerana Dia tahu,jika tiada salah faham berlaku,maka,tidak akan sampailah fatin ke kursus kahwin ni.

Moga pelaburan masa dan tenaga ini Allah rahmati sampai akhir hayat.

dan Moga sesiapa sahaja yang hadir ke kursus pra perkahwinan tersebut mendapat manfaat yang besar dan menjadi titik tolak untuk mencari calon pasangan hidup yang bakal menemani kita sampai bila2,iAllah

buat hafizuddin dan Khairul,terima kasih atas kesudian menguruskan kursus ini.

sekarang bolehlah menjawab persoalan sahabat2,kenapa fatin begitu bersungguh2 untuk menjayakan kursus ini. Bukan kerana fatin sudah nak kahwin,namun sebab ada "pasangan london" yang nak kahwin..

Salah faham yang menarik, namun, kesudahannya lebih menarik

Kursus Pra Perkahwinan,bukanlah semata-mata untuk pasangan yang bakal berkahwin,namun ia juga khas buat sesiapa sahaja yang ingin menambah ilmu rumah tangga dan buat sesiapa sahaja yang sudah bersedia mencari calon pasangan hidup. Maka,jom ubah persepsi sendiri tentang Kursus pra Perkahwinan.

Buka Mata, Buka hati, Jom cari Redha Ilahi

Ya Allah,moga perjalanan pembinaan bait muslimku dan semua sahabat dipermudahkan dan mendapat redha Mu

Khas buat Hamizah,Nurul, farahin, Arah,Atirah, Hafizah,Erma,Su,Qilah,Po,Kharul aka KA,Akmal,Azri,Jpah dan semua yang menghadiri Kursus Pra Perkahwinan,moga kita semua berjaya dalam hal bait Muslim

Buat Ustaz Erfino,moga berjumpa lagi. Terima kasih untuk POP Surrey dan Kursus Pra Perkahwinan ini

salam sayang dari Nottingham,
Nur Fatin Nabihah Binti Ismail
Matematik,UoN

jika ingin terjun ke laut cinta, harus sediakan perahu perkahwinan yang kuat agar tak hanyut dipukul ombak, tak pecah dipukul badai..