Friday 24 September 2010

kasihnya Ibu

Petang tadi,sempat ke Prayer Room untuk solat Asar berjemaah. Masuk ke Prayer Room,ternampak seorang kanak-kanak girang,sedang merangkak. Tak senyum,tak menangis. Tenang. [owh..terlupa namanya] Ibunya sudah bekerja di Notts Uni selama 5 tahun [dan lupa juga dari negara mana]

Seronok bermain dengan adik tersebut [lingkungan 2 tahun]. Mendukung dan meriba. Dan beliau gembira bermain dengan tali Hoodie y sy pakai. menjadi modal utk terus buat beliau tenang,sementara ibunya sibuk meneliti buku-buku di rak buku Prayer Room.

Waktu semakin menghampiri Asar,setelah selesai berwudhuk dan bersiap sedia utk solat,si kecil tadi menangis,gara-gara ibu tiada di depan mata,kerana keluar berwudhuk. Alhamdulillah,berjaya buat beliau tersenyum kembali sementara menunggu ibunya kembali.

Iqamat berkumandang. Si kecil menangis lagi apabila ibunya mula mengangkat takbir. hati ibu mana yang tegar melihat anaknya menangis. Lantas didukungnya anaknya sambil solat seperti biasa. Namun,anaknya terus menangis. Sempat juga si kecil mencapai (atau boleh dikatakan menarik) tali hoodie yang kupakai,hingga bergerak juga ke kiri saff (adei~~) :)

Sepanjang-panjang solat, si ibu cuba menenangkan si kecil dengan cara tersendiri kerana si kecil terus-terusan menangis. Selesai solat,ak memandang ke kiri. Melihat ibunya. Sangkaan awal,"mesti mak cik ni marah anak die,sbb bising,menangis waktu solat"..huhu..Meleset. Terukir senyuman di bibir si ibu apabila melihat si anak sudah dah menangis lagi. Lantas,anaknya merangkak dan disambut si ibu dan di bawa ke pangkuan. Si ibu memeluk erat dan mencium si anak. Tiada langsung riak wajah marah pada si anak walaupun si anak dikatakan "meganggu ketenteraman" si ibu sewaktu solat..

owwhhh.. sungguh mulia hati si ibu.

selesai maghrib,sambil menunggu Rina,Aled,farah,Ain dan Fatimah datang ke rumah untuk dinner,sempat membelek Quran dan mentadabbur Surah Al Isra' ayat 23 dan 24

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (23)

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (24)

Ya Allah,terima kasih atas kasih sayang yang telah ibuku curahkan pada ku,dan sesungguhnya hanya Engkau y dapat membalas jasa beliau untukku. Dan ak sangat merinduinya, mudahkanlah urusannya dan berilah bahagia untuknya selagi hayat masih dikandung badan..

Umi,I Love You very much! terima kasih Allah kerana telah mempertontonkan drama tadi untukku. :)

11.34 pm,24 September 2010

Saturday 18 September 2010

arrived in Nottingham

so many things happened few weeks ago. very tiring weeks,i would say (letih fizikal,mental dan emosi).when I wanted to get up,problems came and knocked me down.

sometimes,I think,people do not understand me because they are not supportive enough (maybe because they do not act/respond like what i've expected). so (sepatutnya),do not have any expectations and do not blame others because we ourselves need to be strong and should not always count on others (friends,family etc). harus buat kerja sendiri dan jangan berharap agar orang tolong. dan orang yang akan selalu pertahankan/tolong/bantu kita ialah direct family kita (ie parents,siblings).

Now,im in Nottingham,just arrived few days ago. I called my mom a day before, and as expected, a new "drama" had occurred. How I wish I could go back to Malaysia. But, Ive unfinished business here. so, i need to give my best so that it is worth to be here,in nottingham for 3 years (away from family).

I'll do my best for not being hamba perasaan and be strong. Right here,right now. Now and always.. :))

All the best!