Sunday 2 January 2011

Allah Sayang Sangat pada Wanita

Bahagian Pertama : Layanan istimewa Allah pada Wanita, 1 Januari 2011

Salam Tahun baru Masihi buat semua sahabat di luar sana. Moga sentiasa dalam keadaan sihat fizikal,rohani dan emosi. Ameen

Terlalu banyak keistimewaan yang Allah berikan pada kaum wanita. Jika ingin disenarikan semuanya, mungkin sampai esok pun saya tak dapat tidur. Namun,ingin saya kongsikan beberapa hadith Rasulullah SAW berkaitan wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW mengenainya,jawab Baginda SAW "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"

2. Apabila seorang wanita mengandung janin di dalam rahimnya,para malaikat akan beristighfar untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahatan darinya

3. Apabila anaknya disusui,setiap tegukan susu akan diberi satu kebajikan
Setiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah akan memasukkan dia ke dalam syurga lebih awal

4. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masukkan dia dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki

5. Aisyah berkata, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, "Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?". Rasulullah menjawab, " Suaminya". Aku bertanya lagi "Siapa pula yang lebih berhak terhadap lelaki?". Baginda menjawab "Ibunya"

Namun, masih ramai wanita yang tidak menghargai layanan istimewa Allah SWT kepada mereka. Ada yang tidak mengendahkan suruhan Allah dek kerana kalah dengan godaan nafsu dan termakan hasutan Syaitan. [Nauzubillah]. Ada juga yang berasa terkongkong dengan peraturan yang ditetapkan Allah seperti menutup aurat dengan sempurna,larangan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, larangan berhias diri secara berlebihan dan lain-lain. Padahal,segala peraturan tersebut dibuat atas dasar sayangnya Allah kepada kita dan juga untuk menjaga keselamatan diri kita dan masyarakat sekeliling.[Astaghfirullah..]

Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita pada Allah SWT sebagai membalas "layanan istimewa"Nya kepada kita. Tunjukkan rasa syukur,bukan sahaja melalui lidah,malah melalui perbuatan. Action speaks louder than words. Kita sering kali mendengar ungkapan ini, tapi,adakah kita benar-benar melakukannya? Ataupun,kita hanya lakukannya bilamana nak buktikan kasih kita pada si Kekasih Hati? (boyfriend,teman istimewa,etc). [Allahua'lam]

Seterusnya, Bahagian Kedua : Bukti Kasih Sayang Allah.. [Bersambung]

Sumber : Bunga Kebahagiaan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,olahan Fatin Ismail

Membangun Bersama Islam
Fatin Ismail


Nota : Tuan Guru dinobatkan sebagai tokoh Hijratul Rasul 1423H pada awal tahun Hijrah yang lalu. Pernah dinobatkan sebagai tokoh dunia Islam yang paling berpengaruh (tangga ke-42). Merupakan graduan Univarsiti Al-Azhar,Mesir.