Thursday, 7 May 2009

sesat lagi menyesatkan

"nabihah,hidup ni jangan jadi sesat dan menyesatkan",pesan abah dari kecil lagi..

sekarang dah faham,nape abah ckp cm tu..abah,sungguh dedicated pada kerja,kata-katanya penuh wisdom..ppl said I behave like abah,but wait..it is not..abah..dah ade kedudukan yang jauh lebih hebat yang mmg tak dapat ak capai. He is one in a million. A muli-tasking person..view,vissionnya clear..walau sekarang ak x faham apa hikmah dan sebab keputusannya,tapi selepas satu jangka masa...baru tepuk dahi.."owh,mcm tu ke jadinya".."owh,sbb tu la abah buat mcm tu"..I admire him so much..mmg pada mulanya kata2 die terlalu x masuk akal.terlalu ke depan pandangannya..huish..x sedar ak punyai abah yang sebegitu hebat!!


moral>>lepas ni setiap kata2 abah,jgn dilawan,tanya dulu sebabnya.jgn jd sesat lagi menyesatkan!!


malam ni,Allah tunjukkan satu persatu akibat tidak bertanya..orang kata 'malu bertanya sesat jalan'>>malam ni mmg terbukti dan ak faham kenapa org ckp mcm tu..


selama ni jika org pandang tinggi pada ak,tapi malam ni,rasanya Allah telah ubah sume tu..ak sebenarnya,bukan la org yang banyak ilmu yang layak memberi..terasa diri ni hina sangat malam ni.pandangan org bertukar>>tinggi ke hina<<

sape yang kehendaki tu??jawapnya ALLAH..

pentingke pandangan orang pd ak??

logik>>x penting,hal ak,hal ak la..hal ko,hal ko..ape ak kesah

akal>>penting..kalo org pandang hina/buruk pada ak,apa ak yakin Allah yang sehebat2 pencipta tu,boleh pandang tinggi pada ak?come on,nabihah..berpijak di bumi yang nyata!!

moral>>rajin bertanya pada org yang thiqah dan layak ditanya..jgn pg tanya pd org yang x btol..nanti lagi sesat dan menyesatkan

ak masih dlm transisi perubahan yang amat..

berubah dari sangat buruk ke lebih baik.

dulu,ak bukan naqibah..mmg x layak pun digelar naqibah dengan attitude sebegitu=(
sekarang,pun bukan naqibah..cume berusaha jadi lebih baik

dulu,ak benci bahasa arab
sekarang,ak terhegeh2 cari org nk ajar arab..sampai adik ak sendri pun sekarang dah jdi cikgu bahasa arab di sekolahnya

dulu,ak x rasa Islam agamaku,hidup dan matiku
sekarang,bila rase nk hidup utk Islam,mmg jalannya payah dah byk gile liku..yang boleh membawa kpd putus asa yang amat

nape ak tulis ni??

supaya ak igt dan sedar,ak amat hina..

dalam menebus dosa-dosa lalu
ak buat lagi dosa lain yang ak x aware pun akan kehadiran dosa-dosa tu
tp 1 ak pegang..jangan berputus asa dari rahmat dan keampunan Allah,kalau ak benar2 orang beriman..

kawan2,tlg pandu ak,pls..ak dengan rasa rendah diri yang amat,pohon tunjuk ajar..

luahan hati seorang yang masih confius dengan diri..
pohon bantuan rakan2 utk membimbing

..tanggungjawab..

'Tanggungjawab'..x semudah menyebutnya.pelbagai tanggungjawab dan amanah telah kita pikul sejak lahir ke duina..kemana arah tanggungjawab kita?bila sampai masa di depan semua makhluk Allah di akhirat kelak,nah.semua tanggungjawab akan dipersoal.tiba saat itu,jangan kita malu menundukkan muka dek kerana x tahan dengan soalan bertubi-tubi dr Tuhan sekalian makhluk..bayangkan betapa ramai makhluk akan berkumpul pada waktu itu nanti..bukan sejuta,bukan dua juta..tapi 'beribu-ribu lemen'>>penjodoh bilangan utk terlalu banyak dlm bahasa terengganu=)

  • Tanggungjawab pada ibu bapa
  • Tanggungjawab pada islam
  • Tanggungjawab pada suami/isteri/keluarga
saya selalu bercerita pasal keluarga..kali ni,lebih fokus pada ISLAM

setiap dari kita jika kita memegang jawatan tertinggi dalam persatuan-persatuan dunia(ie:Kita president bank Dunia)..t/jawab kita tu lebih ringan daripada apabila kita seorang muslim..wah..kenapa??sebab kita menggalas jawatan sebagai seorang Islam..t/jawab untuk bawa Islam ke seluruh pelosok dunia..kalau kita jadi president,paling2 pun akan amik tahu pasal financial issue di seluruh dunia..hanya 1 issue..sedangkan Islam tu syumul..keseluruhan..meliputi seluruh aspek..kewangan,tarbiyyah..dll..ini hanyalah gambaran nak menunjukkan bahawa beratnya tjawab seorng muslim..

tapi,beratnya..x nak lah menggalas tjawab sebagai muslim..

tuuuuunnngggu.................

kenapa kita diciptakan kalo dah diberi tjawab sebegini pun dah x larat pikul..???tunjuk pada Allah,kita memang patut dan layak diciptakan>>recall balik,,siapa yang nak sgt diturunkan dimuka bumi waktu di lauh mahfuz dulu..bukan ke kita sendri yang meminta untuk diturunkan ke bumi????

fokus banyak kerja dalam satu masa dan ingin memberi yang terbaik dalam setiap perkara AMAT SUKAR..sy x nafikan..tambahan pula kita yang sedang menuntut ilmu..tapi kalau kesibukan menuntut ilmu untuk mendapat segulung 1st class degree dan dpt kerja yang mantap,apa kita yakin,nanti dah kerja kita tak sibuk dan sudah bersedia nak melunaskan tjawab seorang ISLAM..

buka mata,buka hati..selagi kita ada masa,gunalah ia sebaik mungkin...mati tak jemput kita bila kita dah lunaskan semua tjawab..mati x tunggu kita,sahabt...=(

masa>>bukan nak peruntukkan masa jadi masalah,tapi masalah timbul bila kita x pandai untuk menggunakan masa yang diperuntukan sebaiknya..>>refer blog ust ZAHAZAN..mohonlah keberkatan masa dari Allah

moga setiap saat kita gunakan untuk berfikir untuk kembalikan kegemilangan Islam mendapatkan ganjaran SURGA di akhirat kelak..

akhir kalam..semua kene bekerja untuk ISLAM

sekarang bukan lagi medan utk menuntut hak,namun sekarang adalah medan melunaskan TANGGUNGJAWAB..bila semua orang melunaskan tjawab masing2 tidak akan ada lagi orang yang ingin menuntut hak..kerana,apabila tanggungjawab dilunaskan tertunailah/terlaksanalah segala hak orang lain..

wallahu a'lam

moga bermanfaat dan bekerjalah untuk ISLAM..hidup dan mati demi menegakkan ISLAM..AllahuAkbar..hayati lirik lagu ni

Saturday, 2 May 2009

salurkan kasih sayang anda

"fatin,mcm mana awk nk wujudkan ukhwah yang baik dengan kawan2 awk",tanya seoorang speaker dalam satu majlis

dengan spontan,sy jawab "salurkan kasih sayang"...huhhuuhh..sume orang gelak

salahkah jawapan saya??

ukhwah yang terbina berdasarkan kasih sayang iAllah akan bertahan lama..
bukan kerana rasa inginkan balasan..bukan kerana ingin menuntut hak harus disayangi atau dikasihi..namun untuk menunaikan hak kepada sahabat yang harus disayangi dan dikasihi kerana ALLAH

salurkan kasih sayang pada orang yang halal kita berkasih sayang...siapa??
  • ibu bapa
  • adik beradik
  • sahabat handai
  • si dia??>>masih belum ada yang halal=)>>so,out of list
ramai yang mungkin sebaya atau masih muda dr saya yang mengambil inisiatif utk menyalurkan kasih sayang pada org yang x sepatutnya(iaitu pilihan terakhir)..sedangkan kasih sayang pada orang yang halal masih belum tersalur dengn sehabis baik lagi..=(

saya sedar saya bukan orang terbaik utk menyuarakan pendapat ini kerana saya sndri pun pernah terjebak dengan hal2 sedemikian..tapi perubahan ke arah kebaikan itu perlu..jika benar2 sudah serius,ambillah inisiatif utk ke peringkat yang lebih serius..Moga hubungan kalian diredhai..amin

buat sahabat2 yang akan melangkah ke alam baru summer nanti,saya doakan yang terbaik untuk kalian..=)

salurkan kasih sayang di tempat yang sepatutnya..masih banyak tempat yang perlu kasih sayang kita iaitu
  • sahabat di Paletine
  • sahabat di KYUEM dan SESMA
  • sahabat di seluruh dunia
yang menantikan Islam mekar di bumi Allah ni..kenapa??? kerana jika benar anda terlalu banyak sayang yang x tau nak salur kat mana,salurlah pada jalan Allah..salurlah pada Islam..salurkan pada gerak kerja Islam untuk naikkan balik daulah Islam..Takbir!!

kita hanya ada 2 pilihan..antara syahid dan kemenangan ISLAM..pilihan di tangan kita..moga saya diberi peluang syahid di jalanNya

biar sendiri sehingga hujung nyawa,asal tak sepi dari KASIHNYA
kerana sesungguhnya hakikat CINTA hanya DIA yang Esa
walau berat hidup sendiri namun, bila dah terbiasa hanya bergantung padaNya,iAllah hati akan jadi tenang

buat keluarga tersayang,moga kita dapat menyambung kasih sayang di surga kelak sebab kakak tak rasa kakak dapat spend banyak masa dengan umi,abah dan adik2 dengan banyak di dunia ni..khas buat umi dan keluarga tersayang

yang sentiasa merindui umi,abah dan adik-adik

Tuesday, 28 April 2009

jatuh cinta pada warwick dan orangnya??

easter dah lama berakhir..alhamdulillah,cuti yang singkat telah dpt dimanfaatkan sepenuhnya..
jaulah terakhir adalah di birmingham dan warwick..melawat warwick castle yang cun habis dan dijamu dengan pelbagai juadah enak..bes la warwick!!..walaupun dah dua kali ke warwick namun rasa rindu pada warwick selalu di hati..hehehhe =)

kalo dulu,sy pernah berpesan pada housemate kesayangan..
'Jan,kalo sy hilang,awk cari la sy di lake side..'

tapi lepas lawat warwick,kasi tukar sikit
'Jan,kalo sy hilang,cari sy di warwick castle ye..sy dah jatuh cinta sama warwick dan
orangnya..heheh=)'



bagi sape2 yang minat bunga dan x de masa cari bunga di amsterdam,boleh je ke warwick,ye!!mmg cun sgt..




to alia n faten,jangan serik dengan sy yang mungkin akan datang lagi warwick..thanks korang!!memang anda akan dilayan sebagai tetamu la di warwick..sy pn kene blajar dri diorg cm ne nak smbut tetamu n layan tetamu dengan baik..

to teah,wan,atikah n kak akma...ampun,x dpt layan korang sangat..=(..lain kali sy akan cuba cari masa untuk layan tetamu dengan baik ye..

Dari Abu Syuraih Al 'Adawi r.a. katanya :
"Kedua telinga saya mendengar dan kedua mata saya melihat,
ketika Rasulullah s.a.w. berkata, beliau bersabda
"Sesiapa yang ada beriman kepada Allah dan hari
kemudian, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya
jamuan tambahannya." Mereka bertanya :
"Apakah jamuan tambahan itu ya Rasulullah"
Beliau menjawab : "Sehari dan malamnya"
Menerima tamu itu hanya tiga dan barang siapa
yang lebih dari itu, adalah sedekah.".
Beliau bersabda lagi : "Sesiapa yang ada beriman
kepada Allah dan hari kemudian , maka hendaklah
dia mengucapkan perkaan yang baik atau diam saja".
Hadis sahih riwayat Muslim


moral of the story:layan tamu dengan baek~~biar rumah sentiasa berseri..tetamu itu pembawa rahmat..=)..selamat melayan tetamu

p/s:dibaiki sebab ada kawan tegur..sje nk jaga hati kawanku yang seorng ni=)

Tuesday, 21 April 2009

sabar

usrah kali lepas membicarakan soal sabar..dush menusuk ke kalbu saat kata sabar dilafazkan..kenapa??kerana sy tahap kesabaran saya memang diuji dengan cukup dasyat sekali.walau bibir x lekang lekang dengan senyuman,luka di hati tak siapa akan mengerti melainkan Ilahi(atas kesedaran bahawa tawa dan tangis itu dari Allah,surah An Najm:43)..akhirnya,sy mengambil keputusan untuk diam sebentar dlm usrah tersebut dan cuba mencari kekuatan untuk meneruskan agenda seterusnya..

sabar..betulkah sabar ada tahapnya..seseorang berkata "memang la kene sabar,tapi sabar ada tahapnya.." saat dia berkata begitu,bermakna sudah tidak sabarlah dia..huhhuu..sabar tu tidak ada tahapnya..ia adalah proses berterusan.oleh itu hadapilah ujian itu dengan penuh rasa SABAR dan SYUKUR..=)

contoh mudah..andai si isteri tidak tahan melayan kerenah si suami dan setelah 15 tahun bersama,si isteri mengambil keputusan untuk meninggalkan si suami lantaran sudah tidak sabar dengan kerenah suami dan yakin bahawa si suami tidak akan merubah sikapnya.. tetapi sebaliknya terjadi,si suami,selepas 15 tahun bersama merasa si isteri sudah banyak berkorban dan mula berubah sikapnya...tetapi dek kerana tidak sabar si isteri yang pergi meninggalkan suami,hancurlah rumah tangga itu..mungkin saat isteri melafazkan kata "bye..bye" suami sebenarnya ingin mengatakan "maafkan saya kerana mengabaikan keluarga kita selama ni..".Andai sahaja isteri bersabar untuk satu detik lagi,maka selamatlah satu rumah tangga dan menangislah SYAITAN yang membisikkan kata durjana..

soalan:mana lebih baik bersabar untuk 15 tahun 1 detik dan bahagia..atau bersabar 15 tahun tetapi kecundang>>tidak bahagia di dunia dan akhirat..huhuhhhu..renung-renungkan

kuncinya..SABAR..SABAR..dan BERSABAR..

Ya Allah, andai kesabaranku ini diterima,gantikan aku dengan ganjaran SURGAMu..=)

selamat berSABAR=)whenever you sad,smile=)

Tuesday, 7 April 2009

eater break part 2

easter break dah nak melabuhkan tirainya..
kerja masih banyak..sempat kah semuanya disiapkan..??
makan tak tentu..
tidur tak lena..
fikiran melilau..
solat..huhhhuu..makin sukar nak khusyuk..
masa makin suntuk..
masa makin cepat berlalu..

tapi layakkah kita merungut sebab masa yang selalu tak cukup??
tanggungjawab yang tak akan henti-henti datang..
lepas satu berlau..satu lagi datang bertamu..
badan keletihan,otak kepenatan..
dek terlalu penat sampai boleh terkunci di bangunan portland..huhhuu..

masa itu hak Allah..
kesibukan itu datang dari Allah..
tanggungjawab itu Allah yang beri..
letih itu cabaran dari Allah..
jadi kesimpulannya mudah..
balik pada Si Pemberi..
kurangkan rungutan,luaskan pandangan..
disebalik segala usaha untuk berjaya jangan lupa kejayaan juga dari Allah..
berbaik sangka pada Allah,InsyaAllah hidup bahagia..amin..

cuti macam tak cuti..
x perlu merungut..Nabi dulu tak pernah cuti pun..
ayuh pelajar-pelajar sekalian,usaha tangga kejayaan..
Usaha biar first class,kejaayan biar Allah tentukan..

p/s:untuk sapa2 yang baca post easter break yang sebelum ini,dialog itu hanya rekaan semata-mata..kerana ramai yang komen kata-kata itu benar2 berlaku..bagi yang masih berjaulah,moga dapat hargai ciptaan Allah yang Maha luas..

yang hanya dapat lihat lakeside Nottingham je,(ie:x berjaulah banyak mcm saya)..jangan bosan..lakeside dah makin meriah,ayuh meriahkan lagi..bagi yang sukakan ketenangan,waktu pagi memang sesuai..moga semua diberikan kekuatan untuk teruskan kehidupan yang tak pernah bagi kita peluang kita berehat..nak rehat, tunggu SYURGA Allah ye,rakan-rakan..=)

Wednesday, 1 April 2009

rindu As-Saad

As-Saad..
tempat aku menemuimu rakan-rakanku
masih igtkah korang..
waktu sama-sama kita plan program sama-sama
studi sama-sama
kemas As-Saad sama-sama
pergi rumah kak nik sama-sama
dan yang paling aku ingat
saat-saat kita tarik sign "sila pasang kipas"...sampai tergolek-golek orang gelak
sekarang masing-masing membawa haluan masing-masing
tapi aku yakin,kita punya tujuan masih sama
dan alhamdulillah kita sentiasa di jalan yang sama
semuanya bermula di As-Saad

saat subuh..
saat dhuha..
saat tidur..
saat menunggu buka puasa..
saat bagi makan kucing..
waaaaah..rindu sekali..

apa yang lebih penting moga ukhwah kita berpanjangan
ukhwah dengan adik-adik sentiasa terjaga..
sahabat..andai kita x dapat melalui detik waktu itu bersama lagi
aku harap kita semua ingat setiap detik yang berharga tu..
masih istiqamahkah kita dengan apa yang kita dah buat dulu??
masih subuh di awal waktu kah?
masih qiyam di malam hari kah?
masih Al-mathurat setiap pagi kah?
masih dhuha setiap hari kah?
moga dengan setiap amalan yang kita lakukan dulu sentiasa kekal dlm ingatan kita dan masih kita istiqamah dalam mencari redhaNya..amin

khas buat sahabat2ku..
ajah,nurul,ida,sal,akma,dayang..
'chaletmatesku'..baie,tiqah,hanisah,teah
kawan kecilku..jan
moga persahabatan kita kekal selama-lamanya..amin
bertemu tak jemu,berpisah tak gelisah:)