Tuesday, 23 March 2010

the moment i know you,iluvislam =)

Jun 2009

Kedatangan Ustaz Kadir ke UK telah memberi satu impak besar dalam hidup fatin kerana dia mula mengenali rapat dengan iluvIslam yang sememangnya agak asing dengan dirinya. Ustaz Kadir merupakan ustaz dari Mesir yang sangat hebat dan beberapa anak muda berkeputusan untuk membawa Ust Kadir ke seluruh UK.

PIC di Nottingham sendiri ialah saudara Ariff Sodri dan oleh sebab mempunyai kekangan masa pada waktu itu,atas sebab Nottingham diselubungi musim peperiksaan akhir semester,Ariff meminta bantuan fatin untuk menguruskan urusan teknikal semasa Ust Kadir di Nottingham

Alhamdulillah,di situlah bermula detik fatin bergerak dalam iluvislam. iluvIslam bersama NMS bergabung tenaga menganjurkan talk Ust Kadir selepas peperiksaan berlangsung

Pada masa ini,fatin sedang berusaha dengan Source of Peace (SOP). Program yang bakal diadakan di KYUEM sekitar Ogos 2009 (selepas MOC 2009). Oleh sebab Ust kadir pernah ke Gaza,peluang yang ada digunakan untuk menemuramah Ust Kadir untuk dikongsikan bersama-sama adik-adik di KYUEM semasa SOP nanti

**terima kasih buat Ariff dan Daus yang banyak membantu dalam pembikinan video Ust Kadir

Seterusnya,terdapat satu iklan untuk mencari Setiausaha Tajaan FUIYO 2009. jadi,untuk membantu pihak penganjur,fatin mencadangkan seorang yang cukup bekaliber dan dijangka mampu utk membantu iluvislam dalam mencari dana untuk FUIYO 2009.

Namun,mungkin sudah ditakdirkan,orang tersebut tidak mampu menggalas tanggungjawab tersebut,sebaliknya,Pengarah FUIYO 2009,Iqtidar meminta fatin untuk menggalas amanah tersebut.

Berfikir~~oleh sebab agak occupied dengan beberapa program lain di Malaysia,mungkin tanggungjawab ini agak mencabar pada ketika itu,kerana dalam keadaan ekonomi yang kurang menarik pada masa itu,mungkin agak sukar untuk mendapatkan dana/sumbangan.

Maka,jika ingin diteruskan,harus all out di Malaysia. Akhirnya,fatin menerima pelawaan Iq (mungkin pada masa tu agak kesian tgk orang cari orang utk FUIYO..so,redha~~)

maka,apabila pulang ke Msia,mulalah pengembaraan baru sebagai sebahagian daripada iliuvIslam

****

Setelah seminggu berada di rumah (di Malaysia), masanya untuk keluar menuntut ilmu. Menghadiri ESQ 165 di Kuala Lumpur menyebabkan pertemuan yang tak dirancang dengan Presiden iluvIslam sendiri,Imran. Im datang pada hari terakhir ESQ oleh sebab iluvIslam mensponsor ahlinya ke ESQ secara PERCUMA ke ESQ!!wah..sangat bertuah pada sesiapa yang dapat ke ESQ secara percuma!!

di akhir sessi,semasa menunggu seorang sahabat untuk pulang bersama-sama,Im datang memperkenalkan diri,menarik juga. kini,sudah kenal dengan Presiden iluvIslam sendiri,maka,semangat untuk memberi pada iluvIslam semakin meninggi..chewah!! (maka,penting untuk kita mengenali pemimpin dan ada rasa hormat dan thiqah pada pemimpin)

dan bermulalah pencarian dana untuk iluvIslam. bermula agak lewat. selepas MOC berakhir. Mendapat galakan dan semangat daripada Ajah,kerana dengar khabar MOC kurang mendapat sumbangan.

"Memang keadaan sekarang sukar nak mendapat dana,namun mungkin kalo usaha lebih sikit,akan dapat dana yang banyak..fighting fatin!!" - Ajah

baik,Ajah!! terima kasih atas semangat tu. FIUYO harus berterima kasih pada Ajah sebab itulah turning point yang besar untuk fatin mula bergerak..Sayang Ajah!! =)

tak dinafikan,agak sukar..

Credit mengalir bagai air sungai..minta sana,minta sini..tak ramai yg nak sumbang..ada juga yang terus putuskan talian bilamana mendengar perkataan sponsor..huh..

Di sini lah fatin melihat iluvIslam sebagai sebuah keluarga. bantuan daripada sahabat-sahabat yang tak putus-putus. Antaranya daripada Ruzaini yang sangat banyak membantu fatin berurusan dengan orang-orang kita nak mencari sponsor daripada. Terutama daripada KarangKraf,Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Allah..memang tak dapat nak balas jasanya. Kak dina juga banyak membantu. Setiap kali ke KL,rumah Kak Dina lah yang menjadi tempat persinggahan..

Berkat usaha gigih dan doa daripada semua,alhamdulillah..FUIYO 2009 berjaya mendapat keuntungan melalui dana yang banyak disumbangkan. (tak perlu di nyatakan berapa jumlahnya)

Semuanya rezeki daripada Allah,bukan sebab fatin dan krew-krew lain semata-mata. Bukan untuk riak atau sombong namun nak berkongsi 3 perkara yang amat besar

  • dalam kita berusaha membuat kerja,jangan LUPA Allah di tempat yang tertinggi. Apa sahaja yang kita lakukan,mohon Allah bantu. kita insan yang lemah,sangat1000x perlukan Allah sebagai tempat bergantung..selalu fatin doa agar yang memberi bantuan itu,lembut hatinya..mudahkan urusan FUIYO dan lain-lain
  • niat yang diletakkan juga penting. kalau niat untuk menunjuk2 yang kita hebat,iA,orang akan nampak kita hebat. TAPI kalau niat memang nak bantu kerja-kerja di jalan Allah,iA,Allah akan bantu kita..ingat jual beli dengan Allah..jika kita jual dengan IKHLAS,iAllah,Allah akan beli dengan harga yang MAHAL (ie bantuan dari Allah yang berterusan). Mungkin orang tak kenal pun siapa yang berada disebalik tabir pembikinan FUIYO,namun Allah Maha Tahu..bukan itu lagi penting?
  • support system yang kuat..terima kasih atas bantuan yang berterusan daripada sahabat-sahabat..
**to be continued**

Friday, 19 February 2010

fail to express myself

"hey..why you look so happy these days..?ada ape2 ke?">>housemates

fatin : owh..ye ke?

owh..tak tahu nak jawab apa..sebab sebenarnya,minggu ni agak crucial and I feel very2x bad

***************************************************************************************

month ago..after crying.. I got a phone call from Nurul

Nurul : "eh..hepi pelik je suara..hehe"

dalam hati : heh..ak baru lepas nanges kot

tapi yg terkeluar "eh mana ade..heheh..biasa2 je"

*************************************************************************************

I always fail in expressing my feeling in any way..gesture,words etc..

*************************************************************************************

adakah ini memang sifat perempuan? Syafiqah dan Ajah memang pakar bab2 ni..tapi,betul ke macam tu?

is there anyone out there who is willing to share all my feelings and understand me? haisy..susah tu nak cari..even sahabat2 terdekat pun tidak berjaya..

Sya,Ajah,Nurul..you are my best friend ever..=)

*************************************************************************************

kata2 yang ntah dari mana datangnya

"Would You marry Yourself?"

emm..I would say NO because I feel like I worth NOTHING..heh

so..

*************************************************************************************

tak tahu nape tulis entry ni..
-theend-

diversity

Wednesday, 17 February 2010

gembirakan Allah atau mencari redhaNya?

semalam,semasa menghadiri meeting ISOC Pengarah IAW memberikan tazkirah ringkas

"betulkan niat..ingat,kita buat semua ni kerana nak gembirakan Allah"

gembirakan Allah??

emm..selama ni duk dgr kita wat semua ni sebab nak mardhatillah(redha Allah)..

bila terdengar "..nak gembirakan ALLAH.."

teringat zaman kecil2 dulu..(mgkin 10 tahun dulu..diolog pun x brape igt dah)

"umi,kakak tak tau nape kakak solat,pakai tudung..ade sebab ke?yg kakak tahu,Allah suruh kakak buat mcm ni..kakak tak nak Allah marah..nak Allah hepi..btol ke umi?nape Allah suruh kita pakai tudung,solat tu?tak tahu~~"

umi : "betollah tu..kan umi selalu pesan,jgn buat yg Allah x suka,nnti malaikat tulis"

hati lebih tersentuh dgn kalimat "nak gembirakan Allah" daripada nak dptkan redha Allah

sebab,jika nak gembirakan Allah,itu adalah usaha kita..

mcm kita buat je sume bnde utk gembirakan adik2 kita

kita buat je sume bnde utk gembirakan Allah..

berbanding mencari redha..sebab,mungkin kerana redha Allah tu kita tak nampak..bagaimana bntuknya..dan lebih2 lagi,ia adalah dr Allah..yg mana,bukan dibawah kuasa kita..

mcm dalam pelajaran..

usaha tu dipihak kita..kejayaan atau kegagalan tu dipihak Allah

usaha biar first class,hasilnya,Allahua'lam..

bila kita berusaha utk gembirakan Allah,walau satu dunia menengtang,kita tetap tabah (kalau sedih pun berpada-pada)

boleh sedih,namun,ujian itu lebih kepada mentarbiyyah diri

UJIAN adalah TARBIYYAH daripada Allah

maka,tak usahlah bersedih hati,andai dunia menentang anda

namun,sedihlah andai Allah menentang anda!!

gembirakan Allah,atau mencari redha Allah,dua2 betul..cume mungkin salah satu daripadanya,membuatkan kita lebih tenang dan gembira =)

di kala kita sedih,ada yang menyokong..

ada yang menghargai

"terima kasih kak Fatin..amat menghargai sokongan akak di saat2 saya dlm kesusahan.." huh..terharu membacanya

"terima kasih kak..I Luv U.." tersenyum hati membacanya..

dan beberapa lagi msg yg diperoleh 2,3 hari ni menyenangkan hati..

terasa ada lagi org yang menghargai di kala yang lain menunding jari..chewah!!=)

dan ternyata yg lebih terkesan di hati,adalah msg2 kasih sayang ni berbanding msg2 org mengata~~

sesungguhnya kasih sayang akan mengalahkan benci,tamak haloba,iri hati

marilah berkasih sayang

salurkan sayang pada yang halal,salurkan rindu pada Ilahi

ukhwah itu indah..bertemu tak jemu,berpisah tak gelisah..

perselisihan itu pun indah..kerana ia buat kita lebih mengenali sahabat

ikhlas dr hati,
fatinISMAIL

Wednesday, 3 February 2010

Abah..ILuvYou =)

"abah,Turki tu 4 jam je ngan Uk..datang je lah..sume perbalanjaan kt UK kakak tanggung.."

"tgklah..nanti smpai istanbul Abah col kakak eh..tgk dulu macam mane"

huhuhu..ntah kenapa,semalam,timbul idea gila ni..hampir2 nangis juga dalam usaha memujuk abah ke sini. ntah kenapa rindu sangat pd Abah dan keluarga

mungkin abah dah sampai di istanbul sekarang..tapi x dpt lagi fon col..maka hari ni fatin akan selalu bersama fonnya..

akak doakanpresentation abah smooth je...

Abah,suprise me..please..=)

mungkin kerana ade beberapa perkara berlaku kebelangan ni,yang menyebabkan kami makin rapat

response terbaik Kamilah " aku sekarang dah tak boleh berpisah ngan umi dan abah.."

Ya Allah,moga kami sekeluarga sentiasa dikurniakan dgn nikmat kasih sayangMu..

p/s : nape tiket skrg sume mahal2? tak de promo ke..easter pun mahal,summer pun mahal..mcm mna nih?? nak g turki pun mahal gile dah..

Kasih Abah


Allah bagi apa yang kita perlu,bukan apa yang kita mahu..maka, apa sahaja yang berlaku pd keluarga kita lepas ni,akak tetap sayang Abah..=)

Tuesday, 19 January 2010

Mengapa kuliah untuk muslimat sahaja?

salam wrt

soalan

Assalamualaikum,

Boleh tanya tak kenapa perempuan sahaja? sebab rasanya muslimin pun kene tahu mende ni sebab diorang ada saudara perempuan yang perlu diingatkan, ada isteri dan anak perempuan yang perlu diingatkan (akan berkahwin/sudah berkahwin). Macam last time, pasal jaulah, ada mengupas tentang jaulah muslimin muslimat, rugilah sebelah pihak je yang tahu..

Just pertanyaan yang mungkin boleh dipanjangkan kepada pihak organiser..

Wassalam.

jawapan

Terima kasih atas soalan yang membina. saya dengan dukacita memaklumkan,bahawa Ummu Husna tidak selesa jika ada muslimin bersama. Saya faham dan setuju dengan kenyataan saudara/i namun,tiadalah itu di bawah kuasa sy. namun,jika benar,jika ada muslimin yang berminat,maka bolehlah dengar rakaman Kuliah Online yang dirakamkan nanti. iAllah,boleh dimanfaatkan bersama

Rakaman Kuliah Online 1
- bolehkah muslimat berjaulah berseorangan?

namun,sy akan panjangkan hal ini pada Ummu Husna,iAllah.kita lihat apa pandangannya.

Alalhua'lam

Monday, 18 January 2010

Aurat Wanita : Apa batasnya?

salam satu Aqidah buat semua MUSLIMIN dan MUSLIMAT

bingung memikirkan batas aurat anda?

bagaimana ciri-ciri hijab yang dikehendaki Allah untuk kita patuhi?

Apa sudah bersunguh-sungguhkah kita menutup AURAT?

atau sekadar ala kadar sahaja?

pernah baca ini? Dari UZAR :
Aurat Wanita : Apa Sudah Jadi?

kini dengarkan kupasan Zaujahnya..Ummu Husna megenai

Aurat Wanita : Apa Batasnya ?


add : nurfatinabihah di PALTALK

jemputan bermula jam 6.30 petang..jangan ketinggalan!!

dijemput semua muslimat untuk hadir..jumpa nanti InsyaAllah..

tolong sebarkan..moga Allah membalas jasa kalian..

selamat membina dan menghias MAHLIGAI antum di SYURGA

terima kasih buat kak akma atas poster yang cantek!!

got an answer for "fatin dah berubah?"

It is always hard to tell people about what I feel..

and that is why I write everything in the blog..

because, i know,if "someone" would read it..

and if the she cares for me..

and she would tell me the way to go out..

thanks so much..

the answer i've been searching for almost one year has been found!!

"..to be what you must,you must give up what you are.."

no matter what, HE is always right here for me,insyaAllah..not always be there but always be hear..so close to me..

Thank to Allah, for such a wonderful day..since morning till now..sungguh aku terharu dengan kebaikanMu..maka,nikmat mana lagi yang kau dustakan,wahai fatin..

now you know how much i like this verse (and surah) and why I like it?

chow cincau..