Thursday, 6 May 2010

bahagiakan dirimu


  1. jika lihat semua rumah sama bentuknya dari luar,jangan sangka rekaan di dalam rumah turut sama. setiap rumah punyai cerita yang berbeza dan semuanya ada turun naiknya sendiri
  2. kadang-kadang bila orang ditimpa musibah,kita lah tempat orang mengadu.. kita la tempat mereka meluahkan rasa..lantas kita berikan semangat..berikan kata2 perangsang agar mereka kuat kembali..wpun tidak kuat semuanya,harap2 kita dapat membantu meringankan beban yang ditanggung.. namun,bila kita ditimpa musibah,seakan sukar mencari tempat untuk mengadu..kenapa ye? adakah kita belum jumpa tempat yang benar2 selesa untuk kita meluahkan rasa?
  3. kadang2 emosi melebihi yang lain..salahkah jika terlampau sedih lantas tak mampu lagi nak menanggung beban.. memang beban itu yang layak kita pikul,Allah tak bagi yang lebih berat dari yang kita mampu pikul..itu adalah PASTI
  4. masalah akan sentiasa ada. tak akan berhenti datang.. lepas satu,satu yang datang. itu corak dan warna kehidupan
***

hanya menyatakan beberapa omelan kosong yang biasa didengari..

kenapa harus fikir masalah yang satu sampai terlalu asyik dengan masalah?

bukankah banyak lagi hal lain yang boleh menggembirakan dan membahagiakan?

apa2 pun yang berlaku..ingat satu benda..

di setiap pelosok dunia ni akan ada orang yang sentiasa concern,ambil berat dan ambil kisah pada diri kita

yang selalu bersama-sama kita..setiap orang mungkin punyai orang yang berbeza..mungkin orang itu ialah ibu bapa,adik beradik,teman rapat dan jangan dilupa..yang paling selalu ambil berat tentang kita ialah Allah SWT

maka,apa2 pun yang berlaku,fikirkanlah kemaslahatan orang yang ambil berat pada diri kita..

jika tak mahu buat mereka sedih,kita dulu yang perlu gembira

jika tak mahu mereka kecewa,kita dulu yang harus ceria

pokoknya,nak bahagiakan orang yang kita sayang,harus bahagia kan diri sendiri dahulu

pokoknya,kita harus selalu rasa syukur dan hargai nikmat yang ada terutama orang2 disekeliling kita yang kita sayang~~

selamat bahagiakan diri anda.. anda tak layak untuk terus sedih dan murung kerana masalah yang ada..

anda layak untuk bahagia..pintu bahagia itu terlalu banyak..jika satu pintu bahagia tertutup untuk anda,anda masih berhak bahagia.. pintu bahagia anda dengan teman rapat anda mungkin berbeza..jangan iri hati pada dia, tapi gembiralah untuk dia...iA,anda akan bahagia

semoga sentiasa selamat dan bahagia
fatin
UoN

saya nak bahagiakan kamu,oleh itu saya mesti rasa bahagia

saya mahu terus sokong kamu,oleh itu saya mesti kuatkan diri saya

Monday, 3 May 2010

cerita di sebalik Kursus Pra Perkahwinan Warwick

Kronologi

Selepas POP Nottingham,fatin dapat mesej daripada seorang teman,mengatakan bahawa ada sepasang pasangan dari London yang bakal berkahwin meminta agar diadakan Kursus Pra Perkahwinan kepada Ustaz Erfino. Dan ditanya jikalau Nottingham sanggup untuk jadi tuan rumah bagi menguruskan Kursus ini

Maka,atas dasar ingin membantu pasangan tersebut dan memudahkan urusan Ustaz Erfino,fatin menawarkan diri untuk menguruskan Kursus pra Perkahwinan tersebut. (atas dasar ingin membantu sebab pada waktu itu,semuanya sibuk menguruskan hal lain)

dalam perjalanan pulang ke Nottingham dari POP Surrey,fatin berbincang dengan teman tadi tentang Kursus tersebut oleh sebab,semua POP(POP 3 serangkai berakhir di Surrey) sudah selesai. dan esoknya,terus mesej Ustaz Erfino untuk meneruskan perbincangan.

namun, setelah semuanya hampir pasti,Pengarah Teknikal Kursus Pra Perkahwinan Nottingham terpaksa berundur kerana mempunyai banyak komitmen lain. Oleh itu,fatin terpaksa memohon bantuan sahabat lain,seperti Akmal,Hafizuddin dan Khairul. Setelah berbincangan,Hafizuddin setuju untuk menjayakan Kursus Pra Perkahwinan di Warwick pada 1-2 Mei dan melantik Khairul sebagai Pengarah Teknikal. Alhamdulillah (yang penting pasangan London tadi dapat mengahadiri Kursus pra Perkahwinan dan dapat melangsungkan perkahwinan dengan jayanya)

Majlis "Check out"

Setelah selesai berkursus selama 2 hari,tiba majlis penutup. oleh itu,Ustaz Erfino meminta agar semua peserta "check out" dengan menyatakan hasil dapatan selama 2 hari berkursus.

Menjadi peserta terakhir untuk check out.

Tiba-tiba tergerak hati untuk mengenali pasangan London tersebut. Namun,rupa-rupanya sebaliknya terjadi.

Rupa-rupanya tiada pasangan dari London yang ingin melangsungkan perkahwinan. kaget. Rupa-rupanya,salah faham berlaku

Ibrah

Niat utama untuk melaksanakan Kursus ini hanyalah untuk membantu pasangan tadi dan memudahkan urusan Ustaz Erfino

maka,jika hal ini tidak berlaku

  1. Fatin tidak akan bersungguh2 untuk menjayakan kursus kahwin ini
  2. Fatin tidak akan pernah ambil kisah tentang kursus ini
Fatin memandang hal ini dengan cukup baik. Ternyata,jika Allah mengiginkan sesuatu,boleh sahaja Dia lakukan dengan apa cara sekalipun

Kursus pra Perkahwinan ini amat bermanfaat,buat Fatin juga rakan-rakan lain

buat fatin sendiri,

terima kasih,Ustaz Erfino atas sebab yang hanya saya dan Allah yang tahu dan sepatutnya,saya telah lama hadir ke kursus ini sebalum mula mencari calon pasangan hidup. namun,tak bermakna telah terlambat kerana iAllah,Allah pertemukan saya dengan seorang yang cukup baik dan dapat membimbing kami sekeluarga..Amin

Flow yang cantik Allah aturkan agar fatin ke kursus kahwin ni,kerana Dia tahu,jika tiada salah faham berlaku,maka,tidak akan sampailah fatin ke kursus kahwin ni.

Moga pelaburan masa dan tenaga ini Allah rahmati sampai akhir hayat.

dan Moga sesiapa sahaja yang hadir ke kursus pra perkahwinan tersebut mendapat manfaat yang besar dan menjadi titik tolak untuk mencari calon pasangan hidup yang bakal menemani kita sampai bila2,iAllah

buat hafizuddin dan Khairul,terima kasih atas kesudian menguruskan kursus ini.

sekarang bolehlah menjawab persoalan sahabat2,kenapa fatin begitu bersungguh2 untuk menjayakan kursus ini. Bukan kerana fatin sudah nak kahwin,namun sebab ada "pasangan london" yang nak kahwin..

Salah faham yang menarik, namun, kesudahannya lebih menarik

Kursus Pra Perkahwinan,bukanlah semata-mata untuk pasangan yang bakal berkahwin,namun ia juga khas buat sesiapa sahaja yang ingin menambah ilmu rumah tangga dan buat sesiapa sahaja yang sudah bersedia mencari calon pasangan hidup. Maka,jom ubah persepsi sendiri tentang Kursus pra Perkahwinan.

Buka Mata, Buka hati, Jom cari Redha Ilahi

Ya Allah,moga perjalanan pembinaan bait muslimku dan semua sahabat dipermudahkan dan mendapat redha Mu

Khas buat Hamizah,Nurul, farahin, Arah,Atirah, Hafizah,Erma,Su,Qilah,Po,Kharul aka KA,Akmal,Azri,Jpah dan semua yang menghadiri Kursus Pra Perkahwinan,moga kita semua berjaya dalam hal bait Muslim

Buat Ustaz Erfino,moga berjumpa lagi. Terima kasih untuk POP Surrey dan Kursus Pra Perkahwinan ini

salam sayang dari Nottingham,
Nur Fatin Nabihah Binti Ismail
Matematik,UoN

jika ingin terjun ke laut cinta, harus sediakan perahu perkahwinan yang kuat agar tak hanyut dipukul ombak, tak pecah dipukul badai..


Friday, 30 April 2010

easter and warwick : again?

setahun sudah,ke warwcik untuk menziarah sahabat-sahabat seperti Alia,Faten,Milo dan lain-lain..

dan sangat teruja saat diperkenalkan dengan Warwick Castle =)

tahun ni,berseorangan ke Warwick dengan tujuan menghadiri Kursus Pra Perkahwinan yang cukup hebat promonya di seluruh benua United Kingdom

Beberapa komen tentang beberapa hal

Datang awal ke Warwick ada makna?

Ya,memang sengaja Fatin datang awal ke Warwick tapi,bukan sebab lain melainkan mencari sumber inspirasi untuk menyelesaikan Modul MOC dan FUIYO yang tertangguh sekalian lama. Di sini,ada rakan2 yang dapat menyumbang idea sekaligus memudahkan kerja membuat modul

Meeting FUIYO semalam berakhir tenang,walaupun pada awalnya amat genting akibat percambahan idea yang terlampau,sampai tak berjumpa wehdatul fikr (kesatuan pemikiran)

kesatuan pemikiran amat penting dalam sesuatu kumpulan atau gerak kerja. Bagaimana nak bersatu jika tidak ketemu titik persamaan dalam pemikiran?

percanggahan idea juga penting untuk mencetuskan idea yang lebih baik dan dapat memahami pemikiran sahabat2,namun jika terlalu bercanggah,bisa runtuh sistem gerak kerja

Baca Buku Nota hati seorang Lelaki

Ya,memang banyak bahan bacaan Fatin akhir-akhir ini berkisar tentang pendidikan anak-anak dan pembentukan keluarga. Selain sedang bersedia ke arah fasa seterusnya (semuanya ORANG,fatin ulang..setiap ORANG akan berkahwin,dan bergerak ke fasa seterusnya), sebenarnya,bahan bacaan ini sebenarnya akan digunakan untuk mempersiapkan modul MOC

Mengapa?

Jika dilihat sekarang tumpuan remaja tidak lagi tertumpu terhadap mengenal Allah dan buku ini adalah sumber rujukan yang baik untuk mengajak mereka kembali mengenal Allah dengan cara yang santai dan bersahaja.

Berlagak seperti ibubapa kadang2 tak salah andai itu dapat memahamkan kita lebih kepada tanggungjawab sebagai ibu bapa yang sememangnya suatu masa nanti,kita bakal bergelar ibubapa.

Buku ini banyak sediakan jawapan dan pengolahan yang bakal dibuat,iAllah akan menerbitkan Modul MOC untuk slot TOD..iAllah

akhir kalam,pokok memang akan bergoyang jika angin bertiup. Tapi,kalau lah arah angin bertiup itu tidak betul,maka,pokok akan tetap bergoyang. maka,selalu2lah cek arah tiupan angin,dan jgn terus salahkan pokok yang bergoyang.. Mungkin sebenarnya,tak de pun angin yang menggoyangkan pokok tapi ada manusia lain yang goyangkan pokok tersebut

Diam tak semestinya setuju. Diam mungkin tanda protes. tapi kenapa orang tak faham?

Dah..nak sambung siapkan modul..

mungkin agak sensitif sejak semalam..akhirnya terluah dalam blog..

cukup2 lah korang..

Tuesday, 23 March 2010

the moment i know you,iluvislam =)

Jun 2009

Kedatangan Ustaz Kadir ke UK telah memberi satu impak besar dalam hidup fatin kerana dia mula mengenali rapat dengan iluvIslam yang sememangnya agak asing dengan dirinya. Ustaz Kadir merupakan ustaz dari Mesir yang sangat hebat dan beberapa anak muda berkeputusan untuk membawa Ust Kadir ke seluruh UK.

PIC di Nottingham sendiri ialah saudara Ariff Sodri dan oleh sebab mempunyai kekangan masa pada waktu itu,atas sebab Nottingham diselubungi musim peperiksaan akhir semester,Ariff meminta bantuan fatin untuk menguruskan urusan teknikal semasa Ust Kadir di Nottingham

Alhamdulillah,di situlah bermula detik fatin bergerak dalam iluvislam. iluvIslam bersama NMS bergabung tenaga menganjurkan talk Ust Kadir selepas peperiksaan berlangsung

Pada masa ini,fatin sedang berusaha dengan Source of Peace (SOP). Program yang bakal diadakan di KYUEM sekitar Ogos 2009 (selepas MOC 2009). Oleh sebab Ust kadir pernah ke Gaza,peluang yang ada digunakan untuk menemuramah Ust Kadir untuk dikongsikan bersama-sama adik-adik di KYUEM semasa SOP nanti

**terima kasih buat Ariff dan Daus yang banyak membantu dalam pembikinan video Ust Kadir

Seterusnya,terdapat satu iklan untuk mencari Setiausaha Tajaan FUIYO 2009. jadi,untuk membantu pihak penganjur,fatin mencadangkan seorang yang cukup bekaliber dan dijangka mampu utk membantu iluvislam dalam mencari dana untuk FUIYO 2009.

Namun,mungkin sudah ditakdirkan,orang tersebut tidak mampu menggalas tanggungjawab tersebut,sebaliknya,Pengarah FUIYO 2009,Iqtidar meminta fatin untuk menggalas amanah tersebut.

Berfikir~~oleh sebab agak occupied dengan beberapa program lain di Malaysia,mungkin tanggungjawab ini agak mencabar pada ketika itu,kerana dalam keadaan ekonomi yang kurang menarik pada masa itu,mungkin agak sukar untuk mendapatkan dana/sumbangan.

Maka,jika ingin diteruskan,harus all out di Malaysia. Akhirnya,fatin menerima pelawaan Iq (mungkin pada masa tu agak kesian tgk orang cari orang utk FUIYO..so,redha~~)

maka,apabila pulang ke Msia,mulalah pengembaraan baru sebagai sebahagian daripada iliuvIslam

****

Setelah seminggu berada di rumah (di Malaysia), masanya untuk keluar menuntut ilmu. Menghadiri ESQ 165 di Kuala Lumpur menyebabkan pertemuan yang tak dirancang dengan Presiden iluvIslam sendiri,Imran. Im datang pada hari terakhir ESQ oleh sebab iluvIslam mensponsor ahlinya ke ESQ secara PERCUMA ke ESQ!!wah..sangat bertuah pada sesiapa yang dapat ke ESQ secara percuma!!

di akhir sessi,semasa menunggu seorang sahabat untuk pulang bersama-sama,Im datang memperkenalkan diri,menarik juga. kini,sudah kenal dengan Presiden iluvIslam sendiri,maka,semangat untuk memberi pada iluvIslam semakin meninggi..chewah!! (maka,penting untuk kita mengenali pemimpin dan ada rasa hormat dan thiqah pada pemimpin)

dan bermulalah pencarian dana untuk iluvIslam. bermula agak lewat. selepas MOC berakhir. Mendapat galakan dan semangat daripada Ajah,kerana dengar khabar MOC kurang mendapat sumbangan.

"Memang keadaan sekarang sukar nak mendapat dana,namun mungkin kalo usaha lebih sikit,akan dapat dana yang banyak..fighting fatin!!" - Ajah

baik,Ajah!! terima kasih atas semangat tu. FIUYO harus berterima kasih pada Ajah sebab itulah turning point yang besar untuk fatin mula bergerak..Sayang Ajah!! =)

tak dinafikan,agak sukar..

Credit mengalir bagai air sungai..minta sana,minta sini..tak ramai yg nak sumbang..ada juga yang terus putuskan talian bilamana mendengar perkataan sponsor..huh..

Di sini lah fatin melihat iluvIslam sebagai sebuah keluarga. bantuan daripada sahabat-sahabat yang tak putus-putus. Antaranya daripada Ruzaini yang sangat banyak membantu fatin berurusan dengan orang-orang kita nak mencari sponsor daripada. Terutama daripada KarangKraf,Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Allah..memang tak dapat nak balas jasanya. Kak dina juga banyak membantu. Setiap kali ke KL,rumah Kak Dina lah yang menjadi tempat persinggahan..

Berkat usaha gigih dan doa daripada semua,alhamdulillah..FUIYO 2009 berjaya mendapat keuntungan melalui dana yang banyak disumbangkan. (tak perlu di nyatakan berapa jumlahnya)

Semuanya rezeki daripada Allah,bukan sebab fatin dan krew-krew lain semata-mata. Bukan untuk riak atau sombong namun nak berkongsi 3 perkara yang amat besar

  • dalam kita berusaha membuat kerja,jangan LUPA Allah di tempat yang tertinggi. Apa sahaja yang kita lakukan,mohon Allah bantu. kita insan yang lemah,sangat1000x perlukan Allah sebagai tempat bergantung..selalu fatin doa agar yang memberi bantuan itu,lembut hatinya..mudahkan urusan FUIYO dan lain-lain
  • niat yang diletakkan juga penting. kalau niat untuk menunjuk2 yang kita hebat,iA,orang akan nampak kita hebat. TAPI kalau niat memang nak bantu kerja-kerja di jalan Allah,iA,Allah akan bantu kita..ingat jual beli dengan Allah..jika kita jual dengan IKHLAS,iAllah,Allah akan beli dengan harga yang MAHAL (ie bantuan dari Allah yang berterusan). Mungkin orang tak kenal pun siapa yang berada disebalik tabir pembikinan FUIYO,namun Allah Maha Tahu..bukan itu lagi penting?
  • support system yang kuat..terima kasih atas bantuan yang berterusan daripada sahabat-sahabat..
**to be continued**

Friday, 19 February 2010

fail to express myself

"hey..why you look so happy these days..?ada ape2 ke?">>housemates

fatin : owh..ye ke?

owh..tak tahu nak jawab apa..sebab sebenarnya,minggu ni agak crucial and I feel very2x bad

***************************************************************************************

month ago..after crying.. I got a phone call from Nurul

Nurul : "eh..hepi pelik je suara..hehe"

dalam hati : heh..ak baru lepas nanges kot

tapi yg terkeluar "eh mana ade..heheh..biasa2 je"

*************************************************************************************

I always fail in expressing my feeling in any way..gesture,words etc..

*************************************************************************************

adakah ini memang sifat perempuan? Syafiqah dan Ajah memang pakar bab2 ni..tapi,betul ke macam tu?

is there anyone out there who is willing to share all my feelings and understand me? haisy..susah tu nak cari..even sahabat2 terdekat pun tidak berjaya..

Sya,Ajah,Nurul..you are my best friend ever..=)

*************************************************************************************

kata2 yang ntah dari mana datangnya

"Would You marry Yourself?"

emm..I would say NO because I feel like I worth NOTHING..heh

so..

*************************************************************************************

tak tahu nape tulis entry ni..
-theend-

diversity

Wednesday, 17 February 2010

gembirakan Allah atau mencari redhaNya?

semalam,semasa menghadiri meeting ISOC Pengarah IAW memberikan tazkirah ringkas

"betulkan niat..ingat,kita buat semua ni kerana nak gembirakan Allah"

gembirakan Allah??

emm..selama ni duk dgr kita wat semua ni sebab nak mardhatillah(redha Allah)..

bila terdengar "..nak gembirakan ALLAH.."

teringat zaman kecil2 dulu..(mgkin 10 tahun dulu..diolog pun x brape igt dah)

"umi,kakak tak tau nape kakak solat,pakai tudung..ade sebab ke?yg kakak tahu,Allah suruh kakak buat mcm ni..kakak tak nak Allah marah..nak Allah hepi..btol ke umi?nape Allah suruh kita pakai tudung,solat tu?tak tahu~~"

umi : "betollah tu..kan umi selalu pesan,jgn buat yg Allah x suka,nnti malaikat tulis"

hati lebih tersentuh dgn kalimat "nak gembirakan Allah" daripada nak dptkan redha Allah

sebab,jika nak gembirakan Allah,itu adalah usaha kita..

mcm kita buat je sume bnde utk gembirakan adik2 kita

kita buat je sume bnde utk gembirakan Allah..

berbanding mencari redha..sebab,mungkin kerana redha Allah tu kita tak nampak..bagaimana bntuknya..dan lebih2 lagi,ia adalah dr Allah..yg mana,bukan dibawah kuasa kita..

mcm dalam pelajaran..

usaha tu dipihak kita..kejayaan atau kegagalan tu dipihak Allah

usaha biar first class,hasilnya,Allahua'lam..

bila kita berusaha utk gembirakan Allah,walau satu dunia menengtang,kita tetap tabah (kalau sedih pun berpada-pada)

boleh sedih,namun,ujian itu lebih kepada mentarbiyyah diri

UJIAN adalah TARBIYYAH daripada Allah

maka,tak usahlah bersedih hati,andai dunia menentang anda

namun,sedihlah andai Allah menentang anda!!

gembirakan Allah,atau mencari redha Allah,dua2 betul..cume mungkin salah satu daripadanya,membuatkan kita lebih tenang dan gembira =)

di kala kita sedih,ada yang menyokong..

ada yang menghargai

"terima kasih kak Fatin..amat menghargai sokongan akak di saat2 saya dlm kesusahan.." huh..terharu membacanya

"terima kasih kak..I Luv U.." tersenyum hati membacanya..

dan beberapa lagi msg yg diperoleh 2,3 hari ni menyenangkan hati..

terasa ada lagi org yang menghargai di kala yang lain menunding jari..chewah!!=)

dan ternyata yg lebih terkesan di hati,adalah msg2 kasih sayang ni berbanding msg2 org mengata~~

sesungguhnya kasih sayang akan mengalahkan benci,tamak haloba,iri hati

marilah berkasih sayang

salurkan sayang pada yang halal,salurkan rindu pada Ilahi

ukhwah itu indah..bertemu tak jemu,berpisah tak gelisah..

perselisihan itu pun indah..kerana ia buat kita lebih mengenali sahabat

ikhlas dr hati,
fatinISMAIL

Wednesday, 3 February 2010

Abah..ILuvYou =)

"abah,Turki tu 4 jam je ngan Uk..datang je lah..sume perbalanjaan kt UK kakak tanggung.."

"tgklah..nanti smpai istanbul Abah col kakak eh..tgk dulu macam mane"

huhuhu..ntah kenapa,semalam,timbul idea gila ni..hampir2 nangis juga dalam usaha memujuk abah ke sini. ntah kenapa rindu sangat pd Abah dan keluarga

mungkin abah dah sampai di istanbul sekarang..tapi x dpt lagi fon col..maka hari ni fatin akan selalu bersama fonnya..

akak doakanpresentation abah smooth je...

Abah,suprise me..please..=)

mungkin kerana ade beberapa perkara berlaku kebelangan ni,yang menyebabkan kami makin rapat

response terbaik Kamilah " aku sekarang dah tak boleh berpisah ngan umi dan abah.."

Ya Allah,moga kami sekeluarga sentiasa dikurniakan dgn nikmat kasih sayangMu..

p/s : nape tiket skrg sume mahal2? tak de promo ke..easter pun mahal,summer pun mahal..mcm mna nih?? nak g turki pun mahal gile dah..

Kasih Abah


Allah bagi apa yang kita perlu,bukan apa yang kita mahu..maka, apa sahaja yang berlaku pd keluarga kita lepas ni,akak tetap sayang Abah..=)