Selepas POP Nottingham,fatin dapat mesej daripada seorang teman,mengatakan bahawa ada sepasang pasangan dari London yang bakal berkahwin meminta agar diadakan Kursus Pra Perkahwinan kepada Ustaz Erfino. Dan ditanya jikalau Nottingham sanggup untuk jadi tuan rumah bagi menguruskan Kursus ini
Maka,atas dasar ingin membantu pasangan tersebut dan memudahkan urusan Ustaz Erfino,fatin menawarkan diri untuk menguruskan Kursus pra Perkahwinan tersebut. (atas dasar ingin membantu sebab pada waktu itu,semuanya sibuk menguruskan hal lain)
dalam perjalanan pulang ke Nottingham dari POP Surrey,fatin berbincang dengan teman tadi tentang Kursus tersebut oleh sebab,semua POP(POP 3 serangkai berakhir di Surrey) sudah selesai. dan esoknya,terus mesej Ustaz Erfino untuk meneruskan perbincangan.
namun, setelah semuanya hampir pasti,Pengarah Teknikal Kursus Pra Perkahwinan Nottingham terpaksa berundur kerana mempunyai banyak komitmen lain. Oleh itu,fatin terpaksa memohon bantuan sahabat lain,seperti Akmal,Hafizuddin dan Khairul. Setelah berbincangan,Hafizuddin setuju untuk menjayakan Kursus Pra Perkahwinan di Warwick pada 1-2 Mei dan melantik Khairul sebagai Pengarah Teknikal. Alhamdulillah (yang penting pasangan London tadi dapat mengahadiri Kursus pra Perkahwinan dan dapat melangsungkan perkahwinan dengan jayanya)
Majlis "Check out"
Setelah selesai berkursus selama 2 hari,tiba majlis penutup. oleh itu,Ustaz Erfino meminta agar semua peserta "check out" dengan menyatakan hasil dapatan selama 2 hari berkursus.
Menjadi peserta terakhir untuk check out.
Tiba-tiba tergerak hati untuk mengenali pasangan London tersebut. Namun,rupa-rupanya sebaliknya terjadi.
Rupa-rupanya tiada pasangan dari London yang ingin melangsungkan perkahwinan. kaget. Rupa-rupanya,salah faham berlaku
Ibrah
Niat utama untuk melaksanakan Kursus ini hanyalah untuk membantu pasangan tadi dan memudahkan urusan Ustaz Erfino
maka,jika hal ini tidak berlaku
- Fatin tidak akan bersungguh2 untuk menjayakan kursus kahwin ini
- Fatin tidak akan pernah ambil kisah tentang kursus ini
Fatin memandang hal ini dengan cukup baik. Ternyata,jika Allah mengiginkan sesuatu,boleh sahaja Dia lakukan dengan apa cara sekalipun
Kursus pra Perkahwinan ini amat bermanfaat,buat Fatin juga rakan-rakan lain
buat fatin sendiri,
terima kasih,Ustaz Erfino atas sebab yang hanya saya dan Allah yang tahu dan sepatutnya,saya telah lama hadir ke kursus ini sebalum mula mencari calon pasangan hidup. namun,tak bermakna telah terlambat kerana iAllah,Allah pertemukan saya dengan seorang yang cukup baik dan dapat membimbing kami sekeluarga..Amin
Flow yang cantik Allah aturkan agar fatin ke kursus kahwin ni,kerana Dia tahu,jika tiada salah faham berlaku,maka,tidak akan sampailah fatin ke kursus kahwin ni.
Moga pelaburan masa dan tenaga ini Allah rahmati sampai akhir hayat.
dan Moga sesiapa sahaja yang hadir ke kursus pra perkahwinan tersebut mendapat manfaat yang besar dan menjadi titik tolak untuk mencari calon pasangan hidup yang bakal menemani kita sampai bila2,iAllah
buat hafizuddin dan Khairul,terima kasih atas kesudian menguruskan kursus ini.
sekarang bolehlah menjawab persoalan sahabat2,kenapa fatin begitu bersungguh2 untuk menjayakan kursus ini. Bukan kerana fatin sudah nak kahwin,namun sebab ada "pasangan london" yang nak kahwin..
Salah faham yang menarik, namun, kesudahannya lebih menarik
Kursus Pra Perkahwinan,bukanlah semata-mata untuk pasangan yang bakal berkahwin,namun ia juga khas buat sesiapa sahaja yang ingin menambah ilmu rumah tangga dan buat sesiapa sahaja yang sudah bersedia mencari calon pasangan hidup. Maka,jom ubah persepsi sendiri tentang Kursus pra Perkahwinan.
Buka Mata, Buka hati, Jom cari Redha Ilahi
Ya Allah,moga perjalanan pembinaan bait muslimku dan semua sahabat dipermudahkan dan mendapat redha Mu
Khas buat Hamizah,Nurul, farahin, Arah,Atirah, Hafizah,Erma,Su,Qilah,Po,Kharul aka KA,Akmal,Azri,Jpah dan semua yang menghadiri Kursus Pra Perkahwinan,moga kita semua berjaya dalam hal bait Muslim
Buat Ustaz Erfino,moga berjumpa lagi. Terima kasih untuk POP Surrey dan Kursus Pra Perkahwinan ini
salam sayang dari Nottingham,
Nur Fatin Nabihah Binti Ismail
Matematik,UoN
jika ingin terjun ke laut cinta, harus sediakan perahu perkahwinan yang kuat agar tak hanyut dipukul ombak, tak pecah dipukul badai..
kak fatin!!!!
ReplyDeletettbew, sudah lama x bertemu..(ni obvios kot)
hahahah harap sehat!!!
Nur Amirah Mohd Roslan
FAM,UNMC
(xmarah kan tiru layout)
x marah =)
ReplyDeleteKartun,
Finance And Management,
University of Nottingham malaysia campus!
moga sihat sentiasa!!
hah , apelagi.. aku menanti kad jemputan dari ko ar pasni.. haha
ReplyDeletehehehh..tolong la cari calon
ReplyDeletekak fatin! hehehehe...terima kasih spageti sedaappppp...wink wink. ehhehee.. (lari tajuk to teringat-ingat spageti lagi ni) hihihi ^____^
ReplyDelete