Thursday 6 May 2010

bahagiakan dirimu


  1. jika lihat semua rumah sama bentuknya dari luar,jangan sangka rekaan di dalam rumah turut sama. setiap rumah punyai cerita yang berbeza dan semuanya ada turun naiknya sendiri
  2. kadang-kadang bila orang ditimpa musibah,kita lah tempat orang mengadu.. kita la tempat mereka meluahkan rasa..lantas kita berikan semangat..berikan kata2 perangsang agar mereka kuat kembali..wpun tidak kuat semuanya,harap2 kita dapat membantu meringankan beban yang ditanggung.. namun,bila kita ditimpa musibah,seakan sukar mencari tempat untuk mengadu..kenapa ye? adakah kita belum jumpa tempat yang benar2 selesa untuk kita meluahkan rasa?
  3. kadang2 emosi melebihi yang lain..salahkah jika terlampau sedih lantas tak mampu lagi nak menanggung beban.. memang beban itu yang layak kita pikul,Allah tak bagi yang lebih berat dari yang kita mampu pikul..itu adalah PASTI
  4. masalah akan sentiasa ada. tak akan berhenti datang.. lepas satu,satu yang datang. itu corak dan warna kehidupan
***

hanya menyatakan beberapa omelan kosong yang biasa didengari..

kenapa harus fikir masalah yang satu sampai terlalu asyik dengan masalah?

bukankah banyak lagi hal lain yang boleh menggembirakan dan membahagiakan?

apa2 pun yang berlaku..ingat satu benda..

di setiap pelosok dunia ni akan ada orang yang sentiasa concern,ambil berat dan ambil kisah pada diri kita

yang selalu bersama-sama kita..setiap orang mungkin punyai orang yang berbeza..mungkin orang itu ialah ibu bapa,adik beradik,teman rapat dan jangan dilupa..yang paling selalu ambil berat tentang kita ialah Allah SWT

maka,apa2 pun yang berlaku,fikirkanlah kemaslahatan orang yang ambil berat pada diri kita..

jika tak mahu buat mereka sedih,kita dulu yang perlu gembira

jika tak mahu mereka kecewa,kita dulu yang harus ceria

pokoknya,nak bahagiakan orang yang kita sayang,harus bahagia kan diri sendiri dahulu

pokoknya,kita harus selalu rasa syukur dan hargai nikmat yang ada terutama orang2 disekeliling kita yang kita sayang~~

selamat bahagiakan diri anda.. anda tak layak untuk terus sedih dan murung kerana masalah yang ada..

anda layak untuk bahagia..pintu bahagia itu terlalu banyak..jika satu pintu bahagia tertutup untuk anda,anda masih berhak bahagia.. pintu bahagia anda dengan teman rapat anda mungkin berbeza..jangan iri hati pada dia, tapi gembiralah untuk dia...iA,anda akan bahagia

semoga sentiasa selamat dan bahagia
fatin
UoN

saya nak bahagiakan kamu,oleh itu saya mesti rasa bahagia

saya mahu terus sokong kamu,oleh itu saya mesti kuatkan diri saya

1 comment: