Sunday, 13 September 2009

Umrah Part 3-tawaf sunat vs umrah vs tahyatulmasjid

antara tawaf dan tahyatulmasjid yang mana lebih utama..?

bagi semua masjid,melainkan masjidilharam apabila anda melangkah masuk ke dalam masjid,anda dituntut utk menunaikan solat tahyatulmasjid

bagaimana?

mudah saja..bg yang x biasa atau x pernah buat,boleh la try..ramai org beranggapan solat tahyatul masjid adalah solat yg specific namun,jika anda masuk masjid utk solat subuh,dan solat sunat rawatib 2 rakaat sebelum subuh..nah..itulah die solat sunat tahyatulmasjid..

ataupun,anda masuk masjid utk beriktikaf semasa waktu dhuha,then anda solat sunat dhuha sebelum melakukan lain2 hal..itulah die solat sunat tahyatul masjid anda..

solat sunat tahyatul masjid boleh dilakukan pd bile2 masa(tiada waktu haram) namun,utk mengelakkan fitnah...contohnya,anda masuk masjid pd waktu yg diharamkan solat seperti antara shuruk dan dhuha,adalah lebih baik anda tidak bersolat tahyatul masjid(di sini lah pentingnya hikmah dan kebijaksaan)..takut nanti timbul syakwasangka pd org yg tak mengetahui kewujudan solat tahyatul masjid dsb..sumber rujukan:Ust Hasnil(ustaz pengiring ke Umrah)

bagaimana pula dgn masjidilharam?

yg lebih afdal semasa memasuki masjidil haram ialah melakukan tawaf sunat berbanding solat tahyatul masjid..namun,tidak semua org berkemampuan utk melakukan tawaf sunat setiap kali masuk ke masjidilharam..maka,buatlah apa yg anda terdaya..

antara tawaf sunat dan umrah yang mana lebih afdal?

tawaf sunat lebih afdal berbanding umrah..tapi,ini bukan bermakna,anda tidak perlu mengerjakan umrah utk kali ke dua,ke tiga..dan seterusnya..

selepas kita memasuki tanah haram,jika kita mahu melakukan umrah utk kali ke dua,kita harus ke tanah halal mekah..antara tanah halal yg menjadi miqat utk berniat ialah

  • ja'ranah
  • hudaibiyah
  • bil 'ali
  • tanaim
jaraknya tidak begitu jauh..(15 minit-setengah jam) perjalanan dgn kereta

mengerjakan umrah ketika ramadhan..

setelah selamat menunaikan umrah pertama,sy berkesempatan mengerjakan umrah ke dua bermiqatkan hudaibiyyah di masjid hudaibiyyah. sebelum mngerjakan umrah,hnya 1 soalan bermain di fikiran.."bolehkah ak selesaikan umrah di kala panas yang amat dan wktu saie nanti mesti kepenatan..dah la x leh minum air..huhuhu.."

tapi,oleh sbb semangat yg kuat..alhamdulillah,semasa tawaf,sekali lagi kaabah boleh dikatakan kosong..tawaf yg biasanya mengambil masa 40-50 minit utk diselesaikan,kali ini terasa lebih pndek..mgkin kerana cuaca panas,jadi x ramai yg tawaf..pusingan tawaf menjadi kecil dan sgt cepat..dan seterusnya,setelah solat sunat tawaf,aku dan abah menuju ke tmpat saie..dan alhamdulillah..kepenatan tu x terasa..semuanya seakan satu perjalanan yg sungguh mudah,lancar dan bertenaga..ternyata,ramadhan tak menghalang kita utk melakukan umrah,malah ia adalah sumber kekuatan kita dgn izin Allah yang Maha kuasa..bile kita mngharapkan sesuatu dan set fikiran kita,bahawa umrah ini akan lebih mncabar dan kita harus kuat,iAllah kita akan lebih kuat..namun jika sebelum mengerjakan umrah,kita sudah down dan set bahawa kita akan kepenatan dan lembik..dan itulah yg akan kita perolah..we are what we think!!tanamkan Allah-minded..dan kekuatan dan bntuan dr Allah akan smpai pd kita..iAllah..

jom amalkan solat sunat tahyatul masjid..bolehlah tnye ustaz di kawasan masing2 andai masih blur..tapi,jgn ditangguh bile sudah ada ilmu..sgt rugi bile x beramal dgn ilmu..

tambahan
pernahkah anda berdoa semasa minum air?semasa minum air mintalah 3 perkara..bukan sahaja sms minum air zam-zam,namun semasa minum air biasa pun boleh berdoa dgn doa ini

  • ilmu yg bermanfaat
  • rezeki yg luas dan mencukupi(byknye rezeki Allah-kerja yg bagus,studi yg dipermudahkan,keluarga yg baik,pasangan yang memahami,dan tentu skali jannatul Firdaus)
  • jauh dri sebarang penyakit(byknya penyakit-bongkak,riya',h1n1..)
jaw tekateki 2 - ganjarannya sama seperti menunaikan haji dan dlm riwayat yg lain,sama seperti mengerjakan umrah bersama Nabi Allah SAW

teka-teki 3 - bagaimana kita mahu mendapatkan ganjaran umrah tanpa memakai ihram?

bersambung..

Tuesday, 8 September 2009

Umrah Part 2

Oleh sebab syok sgt berjalan di Mesir,akhirnya,kami hampir terlepas flight ke Jeddah..pakai ihram pun x sempat..oleh itu,sy hanya berpakaian biasa(yg penting menutup aurat)

seterusnya menunaikan solat zuhur/asar(jama; takdim),solat sunat musafir dan solat sunat ihram dalam flight ke jeddah..seterusnya memperbanyakkan talbiyah dan sempat membelek Kitab Allah beberapa helai..x sanggup rasenye utk tdo kerana sudah hampir sampai ke tanah haram..bayar mahal2,x kan nak habiskan masa dgn tidur je..lain la kalo kaya sampai boleh pergi tiap2 ramadhan kan..(jom cari duit seolah2 nak hidup smpai bile2,tapi beribadat mcm jap lagi dah nk meninggal)..

sesampainya di Jeddah..

beberapa jam sebelum berbuka puasa..

agak terperanjat kerana angin malam yang menyapa muka sgt panas..(ni belum lagi angin di waktu siang yang lagi lah panas)..seusai berbuka puasa di airport jeddah dan solat maghrib/isyak(jama' takdim),kami meneruskan perjalanan ke Tanah Haram Makkah sambil bertalbiyah..sempat tidur sebahagian dari perjalanan(lebih kurang 1 jam setengah-2 jam perjalanan)

sesampainya di hotel,kami berkemas dan sy menukar pakaian ihram kepada warna putih(sunat memakai ihram berwarna putih) dan menuju ke baitullah untuk menunaikan umrah

sedikit perkongsian ilmu..

terdapat 5 rukun umrah(jika ditinggal,tidak sah umrah)

niat
tawaf
saie
bercukur
tertib

terdapat 5 syarat wajib umrah(jika ditinggal,wajib bayar dam)

berniat di mikat
meninggalkan larangan semasa ihram(boleh cek balik dlm buku teks sekolah menengah)

alhamdulillah,rukun dan syarat umrah pertama ditunaikan di dalam kapal terbang dr Mesir ke Jeddah,bermikatkan Juhfah

dalam pukul 10.30 malam (waktu jeddah),kami menuju ke baitullah utk mengerjakan rukun umrah yg selebihnya..iaitu tawaf..

berkenaan tawaf

agak menggerunkan,kerana wajib sentiasa bersih dari hadas(tak boleh terbatal wudhuk) sedangkan manusia ramai dan pak2 arab,turki,sgt lah besar dan kasar..ibaratnya,jika kita terlanggar/melanggar mereka,kita yang akan terpelanting..kalo mereka nak jalan,mereka boleh je terus langgar kita dan mereka boleh berjalan dgn mudahnya..

oleh itu,apa yg pnting ialah berdoa dan terus berdoa ke hadrat Allah yang memudahkan dan menyusahkan setiap urusan..setiap dari kami meneruskan perjalanan ke baitullah..sepanjang perjalanan,kami boleh lihat kawasan yang berbukit2 dengan batu2 yang besar..angin panas malam masih lagi bertiup kuat..jarak ke masjidil haram lebih kurang 15 minit perjalanan jalan kaki(boleh jadi exercise yang sgt baik)

sesampainya di depan masjidil haram,kami berehat smbil menunggu sahabat2 yang sudah terbatal wudhuk dan tempat ambil wudhuk x disediakan seprti di Malaysia..jauh dan terbuka tmpatnye..toilet pula,wallahua'lam..sebab x pernah masuk..

smbil menunggu,ustaz memberitahu bahawa Arab Saudi ni adalah satu2nya negara yang masih mengamalkan hukum hudud dan hukum pancung kepala dahulunya diadakan di depan masjidil Haram namun kini sudah bertukar tempat.

setelah lama menunggu,akhirnya kami masuk ke Masjidil haram..saat kali pertama melihat kaabah..aduh..sgt syok..tersergam indah..cantik..dan kami menadah tangan berdoa ke hadrat Allah..saat itu juga agak terkejut kerana,jumlah org yang mengelilingi kaabah agak sedikit.tak banyak seperti dalam gambaran..tawaf di lakukan dengan mudah sekali..wudhuk dapat dijaga dgn baik sekali gus menyangkal dakawaan2 yang pernah didengar iaitu,byk kali kali kene berhenti sebab batal wudhuk..tawaf pertama sgt smooth dan senang..alhamdulillah..

namun,sy,abah n kamilah terpisah dgn org lain..x tau kenapa..mmg dah tak jumpa mereka..

seterusnya,kami bergerak ke tempat saie..saie dilakukan sebanyak 7 kali..dari safa ke marwah..jaraknya lebih kurang 1 km mungkin..saat tu terbayang,bagaimana siti hajar dlm kepanasan berlari dr bukit safa ke marwah..kami yang saie di bawah angi kipas pun dah basah lencun bajunya..apatah lagi siti hajar yg berlari di bawah terik mentari..abah nampak letih dan byk kami berhenti 2 kali utk bagi abah rehat(nasib baik boleh minum air..letih yang amat)..

semasa pusingan saie yg terakhir,kami terjumpa 1 org kawan yang dtg sekali umrah..terkejut kami,bile die kate tu saie pusingan pertama utknya,sdgkan kami dah pusingan terakhir..betapa Allah memudahkan urusan kami..mgkin mereka diuji semasa di tawaf,kerana setelah selesai tawaf tadi,kaabah penuh dgn manusia..tidak seperti sewaktu kami tawaf..

abah "mungkin kita je nampak ramai org tawaf..mana kita tahu,org yg sdg tawaf tu xrasa pun ramai org..ntah2 malaikat yang sedang tawaf..setiap org akan ade rezeki masing2..jgn bmbang.."

mungkin kata2 abah btol..=)

selesai saie,kami bercukur..setiap rambut yang digunting,akan menghapuskan 1 dosa,menambahkan 1 pahala kita..Maha Pemurah Allah yang sgt pemurah dalam memberikan rezeki dan ganjaran pada hambaNya namun amat keras siksaanNya pd hambaNya yang ingkar..igt tu kawan2..elakkan diri dr maksiat agar kita terhindar dari murka Allah..

selesai bercukur,bererti kita sudah selesai umrah dan bolehlah pulang ke hotel utk berehat..jam menunjukkan 2.30 pagi..semasa kami ambil kasut,kasut rakan2 masih situ,menandakan mereka belum lagi siap..Moga Allah permudahkan umrah mereka seperti Allah permudahkan umrah kami..

sampai di hotel,sy terus sahur..makan roti dan terus tidur selama 1 jam..dan bangun kembali,utk ke Masjidil Haram utk solat subuh..lebih kurang jam 4.40 pagi..

sampai di lobi hotel,kami bertemu rakan2 umrah lain yg baru sahaja pulang mngerjakan umrah..terkilan juga..kami sekeluarga sempat tidur dan bersahur namun mereka tidak punya masa utk semua tu..tamabahan pula ade seorang jemaah yg hilang semasa saie..Allah sahaja tempat sy bergantung agar ahli keluarga dan jemaah umrah selamat semuanya..

jaw teka teki Umrah Part 1 : sirah nabi Musa

teka-teki 2 : apakah ganjaran umrah di bulan ramadhan?

bersambung..

Umrah Part 1

Allhamdulillah..segala puji bg Allah yg telah memudahkan urusan perjalanan pergi dan balik

menziarahi rumah Allah dan Rasul Allah sgt bermakna lebih2 lagi di bulan Ramadhan..

setelah setahun lebih menunggu,terasa berbaloi menunggu 'turn' utk menjadi tetamu Allah..bagi yang teringin utk pergi,berdoalah agar Allah memurahkan rezeki utk menjadi tetamu Nya..bukan semua terpilih dan dpt merasa nikmat ini.tapi Allah pasti bagi pada sesiapa yang teringin utk pergi..cume antara cepat dan lambat shaja

andai org lain sibuk bercerita akan jaulah mereka ke London ke Turki..atau Paris..sy hnya mampu mnceritakan perihal jaulah ke tanah haram..sebab diakui..sgt jarang berjaulah..dan jaulah ini sgt bermakna dan iAllah,duit tabung akan mula terisi lagi,agar dpt pergi ke sana lagi =)

penerbangan dri msia ke jeddah dan transit di Mesir dalam bulan ramadhan amat meletihkan..(perjalanan 14 jam ditambah trnsit yang sgt lama)..

apa bestnye Mesir..

Allah Maha Kuasa..menemukan sy dgn kubu Salahuddin Al Ayubi..tokoh yang amat sy kagumi..salah seorang hamba Allah yg berjaya menawan palestine..(boleh baca sejarah beliau yg sgt best)..melihat sungai Nil yang mengalir..

cerita menarik mengenai Mesir

dibuka oleh sahabat nabi Allah,Amru bin A's..suatu hari Sg Nil berhenti mengalir,maka,Amru bin A's mengadu akan hal itu pada Khalifah Islam,Umar al-Khattab..oleh itu,Umar ra mengutuskan surat kepada Sg. Nil meminta ia mengalir semula..itulah karamah Umar yg diberi Allah SWT..dengan izin Allah yang Maha Kuasa,Sg. Nil mengalir seperti sedia kala..

hanya 30% kawasan mesir yang diduduki manusia..70% yang lain hnyalah padang pasir!!rumah2 dibina berdekatan Sg. Nil yang subur tanahnya..namun kerajaan Mesir telah mula membuka bndar2 baru di kawasan2 padang pasir..(ala-ala bandar baru bangi gitu =)...)

di mesir juga tidak ada trafic light..jalan raya semuanya sehala dan byk sgt flyover..oleh itu,jarang berlaku kesesakan lalu lintas di Mesir..namun,oleh sbb x de trafic lite,penggunaan hon sgt2 digunakan secara maxsimum..maka,bisinglah jalan raya Mesir..

Mesir..bumi anbiya..tanah dan langit yang menjadi saksi turunnya wahyu Allah pada Musa as..Sg. nil yang menjadi saksi,kasih sayang seorang ibu dan kakak yang menghanyutkan bayinya agar terselamat dr firaun..dan laut yg menjadi saksi,angkuhnya firaun yang Allah selamatkan jasadnya utk mnjadi iktibar buat kita semua..

teka-teki:dalam Al Quran,kisah Nabi mana yang paling lengkap n byk diceritakan..Musa atau Yusuf?

bersambung..

Tuesday, 11 August 2009

kejadian di pasar

kejadian 1

tempat : pasar tanah merah

sebelum pulang,kami singgah ke satu gerai..nk beli kerepek utk saudara-mara

"pak cik,asam ni ade halal x?x jumpa pun tanda halal?" pak cik tu pun dtg ke tepi ak smbil membelek asam tu.."halal kot.."

"emm..sy x caya kalo x de halal..dah lah tulisan siam je.."

berakhir dgn x jadi membeli..

org sekarang beli brg dah x cari tanda halal..yg ade tanda pun,x semestinya halal..huuuhu..bagaimana??

kejadian 2

tempat:pasar pasir puteh

"mk cik,nak ubi rm2..eh..silap..bg rm1 je lah"

"seringgit je?x nak bnda lain dah~~smbil mengomel,ak beli sikit je"

lawaklah mk cik ni..nape nk kne suh org beli byk2?kalo senyum sikit,x pe lah..ni masam aje..mak cik,senyumlah sikit masa berniaga..nanti murah rezeki..=)..moga mak cik cepat kaya..ehehhe

kejadian 3

tempat:pasar malam gong badak

sambil tonton berita td,ak bercerita pd abah

"abah,nk dgr cerita?td,ade la sorang mk cik n anak die nak membeli di sebuah gerai..kakak duk kdai tepi..si ibu tu tnya pd penjual(seorng adik yg muda)..

"dik,ni kacang ke jagung"..kakak x dgr dah pastu apa yg diorg bual..tapi yg pasti si ibu x jdi beli makanan tu pd si anak "

selang bbrapa lama(smbil menunggu mee goreng dibungkus,kakak dgr sesuatu yang memanaskan telinga..

"bodoh btol org tu..kacang dan jagung pun x tahu beza..baik ak yg x g sekolah..x de la sebodoh tu smpai x tau beza jagung dan kacang..nanti kalo g kdai ko,die tnye..ni kew teow ke mee?bodoh btol.."

kalo abah kat situ,apa abah buat?

"kalo abah,abah kate..mk cik nk jual,jual la mk cik..truk btol eh org tu.."

haa..kakak stuju..abah tau sape si ibu n si anak?tu umi dan milah..kakak yg duk tepi kedai die tu Tuhan saja yg tau..

kakak pun jumpa mk cik tu..

"mk cik,td ade org beli kat sini..die tnye,ni kacang ke jagung..kenapa mk cik kata die bodoh?"

"mana ade sy kate.."

"jgn x ngaku lah..sy duk tepi tu td.."

"kalo ye pun,bukan sy kate kat awk.."

"mmg x kate kat sy,tapi org yg mk cik kate tu,mak sy.."

"bukan mk awk je tnye ni kacang atau jagung..sy bukan kate kat die..org yg sebelum2 ni pun dah tnye ni kacang ke jagung.."

"kalaupun,org tu bukan mak sy..tapi kalo ade org dtg kedai mk cik..then tnye,ni kacang atau jagung..jawab je la..kacang atau jagung..nape nak kate org bodoh?"

waktu tu milah di tepi ak..suh ak blah..sabar je lah..ak beredar..

slama ni,bila org hina umi ak,ak boleh diam sbb ak x dgr dgn telinga ak..tapi hari ni,bile org marah2 mak ak mcm tu..ak mmg MARAH..silap org la mk cik!!

selagi ak hidup..jgn sape2 harap boleh mngata mak ak dpn2 ak..

to Mak Cik yg menetap di bangi(sgt berharap u baca what i wrote tonite) : pls b polite to my mother..I mean it..

harap boleh masuk syurga dari pintu org yang diberkati ibu bapa..layakkah?ntahlah..


"kak,yasmin ahmad layan parents die baik sgt2"

maaf mi,kalo akak x layan umi sehebat yasmin ahmad layan parentsnya..

sayangi keluarga anda~~

berbudi pekerti amalan mulia..1 malaysia..=)

Saturday, 8 August 2009

h1n1 dan SOP

sudah sebulan yang lepas ak menulis..kini kembali merumuskan aktiviti2 semasa..=)

selasa yang lepas,berita peng"cancel"an sop tersebar luas..waktu tu,tak de sorang pun yang sanggup bgtau ak..at last,ajah sampaikan n dengan penuh tenang,kami duduk di tepi kolam sambil bercakap soal ikan dan lain2..namun,dlm hati,mungkin tak sama dengan apa yg keluar dr mulut kami saat itu..

namun,hidup mesti diteruskan..aku pun cepat2 col penceramah,ajk2bawah kendalianku,kedai buku dan pihak HPA selaku syarikat yang bakal mempamerkan barangan mereka..baru semalam(isnin),aku col mereka utk bg last update,tak kusangka,x smpai 1 hari,kene col,utk di cancel

semalam(sabtu),aku dgr ceramah di IKIM..Ustaz tu kupas buku La Tahzan..katanya.."Jika awak buat sesuatu kerja,tapi kerja tu senang je..smooth..x de cabaran..tinggalkan kerja tu tapi kalo byk cabaran..haaa..teruskanlah sbb di situ Allah nak tunjuk kasih-sayangnya.." dan mungkin Allah nk tunjuk kuasanya..

Banyak betul Allah mudahkan jalan yang aku rasa aku dah x dpt buat..di saat2 aku give up dan letih dgn SOP..Allah bantu dan semuanya jadi mudah..pengalaman dengan SOP sgt manis walaupun byk yang pahit..

masa dpt tahu KYUEM ditutup akibat h1n1,aku terduduk..betol ke ni?masa tu,yang berlegar2 hanyalah,"dah tu sia2lah penat selama ni..?"..

tapi,bila ajah dah smpaikan betol2 SOP di"cancel"..alhamdulillah..dapat terima dgn sabar=)

beberapa lama selepas tu,aku dapat msg dri adikku..hidayah..

"nabihah,jabatan bawa aku ke hospital sg. Buluh"

masa tu,dlm kepala..alamak,hidayah kene h1n1 la pulak..semalam(pada ahad lepas),die dikejarkan ke hospital klang,tapi oleh sbb ramai sgt manusia,die balik semula ke politeknik Shah Alam..

terasa beban yang amat..padahal waktu tu,aku di kem bumi jati(hadiri MOC)..sgt dekat dgn hidayah tapi x dpt jenguk die..terkandas!! dan ak x boleh pergi sesuka hati,sebab tangungjawab sebagi faci harus diutamakan..cuba utk relax n layan adik2 dgn baik..tapi smpai bile boleh smbunyikan??ajah juga jadi tempat mengadu..

Alhamdulillah,Hidayah makin ok..demam pun dah berkurangan..jadi,ak decide utk lawat die di politeknik selepas habis MOC..letih yang amat..x tertanggung dah..aku teman die shopping barang2 keperluan dan makanan..dan teman die buka puasa(puasa sunat nisfu syaaban) dan bergegas pulang ke Greenwood utk naik bas pulang ke Terengganu jam 10.30 malam..

letih + gembira dapat jumpa hidayah..byk kali aku terlelap dalam tren..sampai hampir2 terlepas stesen KL sentral dan Taman melati..sampai di greenwood jam 10 mlm..oleh sbb terlalu penat..aku tertidur di bus stop dan akhirnya,tertinggal bas..hohohooh..jam 11 malam..nak kemana malam2 mcm ni..dgn iringan doa,aku tahan bas terakhir yang menuju ke terengganu dan mohon agar die benarkan ak naik..

alkisahnya,drivernya garang dan x benarkan ak naik..Allah yang lembutkan hatinya..Alhamdulillah,smpai ke Terengganu esknya..

setelah berehat,jam 8 pagi ak bergegas pula keluar menghadiri satu kursus di sebuah masjid..pulang pada waktu tengahari..dan boleh rehat sepuas-puasnya..

apa pengajarannya?

Allah tahu setiap perkara yang terjadi..kalau nak hidup senang,pandai2 la jaga Allah,kerana Allah akan jaga kita..=)

moga setiap urusanku selepas ni akan menjadi lebih mudah..amin

*back to work

Wednesday, 8 July 2009

kerja vs famili

wahhh...

dah 3 minggu di Malaysia..

summer mmg agak sibuk..

yang boleh ak kata kali ni,kene sgt pandai bhagikan masa..

jika abah sudah sibuk dgn kerja nya,sampai masanya ak "ambil alih" kerja abah...bukan utk memberi nafkah tapi utk menggantikan peranannya di rumah..at the sama time utk ringankan beban umi..

namun kadang2,ade juga yang terlepas pandang..sampai umi minta pertolongan org lain..huhuh..

kisah bermula apabila..

pd hari ni,SESMA memerlukan ak utk program adik2 f5 dan umi dan adik perlukan ak utk teman diorg buat passport(urgent kerana dah lama ditangguh..ditangguh pun sbb ak..huhuhu)

kadang2,x dinafikan,sesuatu perlu dikorbankan..dan kali ni,ak minta maaf sgt2 kat cikgu dan rakan2 sbb ak x dpt..ak pilih famili kali ni..sbb dah berbau bau2 kemerajukan dari umi dan adik..huhhuhu..

p/s: kalo kakak hadap lap top x smstinya,kakak x alert ape yang umi "pot-pet-pot-pet"..hehehheh..tapi most og d tym..mmg,x dgr..

p/s:belajar utk tidak terlalu dependant pd org,nanti susah nak buat kerja..tapi apalah sgt kalo mak kita minta bantuan kita..kalo nak dbayngkan pngorbanan diorg selama ni..adei~~x terbals punye..bantu ibu bapa sementara masa masih ade..dalm 1 tahun,brape lama je masa utk famili..nanti,bile dah ada keluarga sndri,lagi banyak yang harus difikr..jika sekarang sudah bermasalah dlm perngurusan masa,berusahalah lebih gigih utk masa depan yang lebih baik..

bassya!!

rumah kosong lagi

hidayah sudah kembali belajar!!

isnin yang lepas,hidayah mendaftarkan diri ke politeknik Shah Alam..

ada juga suara2 nakal berkata "nape masuk poli sedangkan result SPM cantek?"

mudah saja..kerana di situlah tempat paling murah dan senang utk dapat kerja bila keluar nanti..

course ape kat sana?

AIRCRAFT MAINTANENCE..huhuhu..senang cite..mekanik kapal terbang..

perempuan nak baiki kapal terbang??huhuhuhu...

minat yang mendalam pd aircraft..sampai habis duit beli cd berkenaan pilot n aircraft..heheh

dulu,die nak jadi pilot,tapi,sy nasihatkan die utk x x jadi pilot atas alasan pilot sgt suka bersosial dan percampuran antara lelaki dan perempuan sgt teruk..plus..perbelanjaan yang sgt tinggi..sama tinggi dengan perbelanjaan A-Level di KYUEM..huhhhu

jadi,setelah dikaji,bes juga jd mekanik kapal terbang nih..utk belajar di UNIKL(swasta) perbelanjaannya pun tinggi namun peluangnya sedikit cerah..UNIKL menawarkan 50 orang pelajar baru setiap tahun..

tapi,di politeknik(awam=hak kerajaan),hanya 25 pelajar setiap tahun tetapi perbelanjaannya lebih rendah(hanya perlu menampung cost makan setiap bulan dan cost peralatan)..dan yang paling penting..Syarikat penerbangan MALAYSIA(MAS) telah mengikat kontrak dgn politeknik Shah Alam,agar pelajar2 diserapkan ke MAS setelah habis pelajaran 2011 nanti..(grad sekali ngan aku..heheheh)

cabarannya lebih hebat..setelah melepasi interview bertulis(English Test yang sememangnya,Hidayah mmg pakar),die dijemput ke oral interview..semua ahli keluarga bertebau..hehehe..sy hanya dpt mendoakan dari kejauhan dan sempat menelefon seorang senior di Cardiff Universiti yang mengambil course Aircraft maintanance juga..sempat lah bagi tips pd hidayah,di saat2 akhir persiapan interviewnya..(credit to warga Notts yang banyak membantu dan concern pasl pertanyaan sy di YG kampung Notts..terima kasih korang!!)

Alhamdulillah..25 pelajar semuanya,dan hanya 2 orang perempuan..moga adikku selamat di sana..

namun,masih ade kekangan..ini hanya peringkat diploma kerana tiada peringkat ijazah ditawarkan di Universiti awam tempatan. course ini hanya ditawrkan di UNIKL(swasta) dan universiti luar negara ie cardiff University dan mungkin di beberapa tempat lain..moga jalan seterusnya dipermudahkan =)..

ABAH..selamat ber'viva'

"kak,malam ni n esk tolong solat hajat utk abah,ye..viva hari jumaat,kul 3 ptg"

pesanan abah sebelum ak hantar die ke airport jam 2 tadi..

kami doakan dari kejauhan..dan sempat ak igtkan abah supaya tukar walletnye kepada wallet baru yang ak beli di UK sempena father's Day..

kenapa semua takut ngan viva?dulu kak maryam(3rd yer medic Notts) pun cite pasl viva..bertungkus lumus utk persiapkan diri ngan viva..hehehee..

selamat berjaya,Abah dan Hidayah..=)

moga kejayaan sentiasa bersama kalian..

bangga dapat kenal kalian berdua..masing2 ade cita2 yang jitu..apakah cita2 ku dapat dicapai juga..target guru cemerlang/Pakar dlm masa 10 tahun perkhidmatan??heheheh=) over tak?? rezeki masing2 dah ditetapkan..dan Allah tahu yang terbaik utk kita..

ok..sampai di sini dulu..back to work..=)