Sunday, 13 September 2009

Umrah Part 3-tawaf sunat vs umrah vs tahyatulmasjid

antara tawaf dan tahyatulmasjid yang mana lebih utama..?

bagi semua masjid,melainkan masjidilharam apabila anda melangkah masuk ke dalam masjid,anda dituntut utk menunaikan solat tahyatulmasjid

bagaimana?

mudah saja..bg yang x biasa atau x pernah buat,boleh la try..ramai org beranggapan solat tahyatul masjid adalah solat yg specific namun,jika anda masuk masjid utk solat subuh,dan solat sunat rawatib 2 rakaat sebelum subuh..nah..itulah die solat sunat tahyatulmasjid..

ataupun,anda masuk masjid utk beriktikaf semasa waktu dhuha,then anda solat sunat dhuha sebelum melakukan lain2 hal..itulah die solat sunat tahyatul masjid anda..

solat sunat tahyatul masjid boleh dilakukan pd bile2 masa(tiada waktu haram) namun,utk mengelakkan fitnah...contohnya,anda masuk masjid pd waktu yg diharamkan solat seperti antara shuruk dan dhuha,adalah lebih baik anda tidak bersolat tahyatul masjid(di sini lah pentingnya hikmah dan kebijaksaan)..takut nanti timbul syakwasangka pd org yg tak mengetahui kewujudan solat tahyatul masjid dsb..sumber rujukan:Ust Hasnil(ustaz pengiring ke Umrah)

bagaimana pula dgn masjidilharam?

yg lebih afdal semasa memasuki masjidil haram ialah melakukan tawaf sunat berbanding solat tahyatul masjid..namun,tidak semua org berkemampuan utk melakukan tawaf sunat setiap kali masuk ke masjidilharam..maka,buatlah apa yg anda terdaya..

antara tawaf sunat dan umrah yang mana lebih afdal?

tawaf sunat lebih afdal berbanding umrah..tapi,ini bukan bermakna,anda tidak perlu mengerjakan umrah utk kali ke dua,ke tiga..dan seterusnya..

selepas kita memasuki tanah haram,jika kita mahu melakukan umrah utk kali ke dua,kita harus ke tanah halal mekah..antara tanah halal yg menjadi miqat utk berniat ialah

  • ja'ranah
  • hudaibiyah
  • bil 'ali
  • tanaim
jaraknya tidak begitu jauh..(15 minit-setengah jam) perjalanan dgn kereta

mengerjakan umrah ketika ramadhan..

setelah selamat menunaikan umrah pertama,sy berkesempatan mengerjakan umrah ke dua bermiqatkan hudaibiyyah di masjid hudaibiyyah. sebelum mngerjakan umrah,hnya 1 soalan bermain di fikiran.."bolehkah ak selesaikan umrah di kala panas yang amat dan wktu saie nanti mesti kepenatan..dah la x leh minum air..huhuhu.."

tapi,oleh sbb semangat yg kuat..alhamdulillah,semasa tawaf,sekali lagi kaabah boleh dikatakan kosong..tawaf yg biasanya mengambil masa 40-50 minit utk diselesaikan,kali ini terasa lebih pndek..mgkin kerana cuaca panas,jadi x ramai yg tawaf..pusingan tawaf menjadi kecil dan sgt cepat..dan seterusnya,setelah solat sunat tawaf,aku dan abah menuju ke tmpat saie..dan alhamdulillah..kepenatan tu x terasa..semuanya seakan satu perjalanan yg sungguh mudah,lancar dan bertenaga..ternyata,ramadhan tak menghalang kita utk melakukan umrah,malah ia adalah sumber kekuatan kita dgn izin Allah yang Maha kuasa..bile kita mngharapkan sesuatu dan set fikiran kita,bahawa umrah ini akan lebih mncabar dan kita harus kuat,iAllah kita akan lebih kuat..namun jika sebelum mengerjakan umrah,kita sudah down dan set bahawa kita akan kepenatan dan lembik..dan itulah yg akan kita perolah..we are what we think!!tanamkan Allah-minded..dan kekuatan dan bntuan dr Allah akan smpai pd kita..iAllah..

jom amalkan solat sunat tahyatul masjid..bolehlah tnye ustaz di kawasan masing2 andai masih blur..tapi,jgn ditangguh bile sudah ada ilmu..sgt rugi bile x beramal dgn ilmu..

tambahan
pernahkah anda berdoa semasa minum air?semasa minum air mintalah 3 perkara..bukan sahaja sms minum air zam-zam,namun semasa minum air biasa pun boleh berdoa dgn doa ini

  • ilmu yg bermanfaat
  • rezeki yg luas dan mencukupi(byknye rezeki Allah-kerja yg bagus,studi yg dipermudahkan,keluarga yg baik,pasangan yang memahami,dan tentu skali jannatul Firdaus)
  • jauh dri sebarang penyakit(byknya penyakit-bongkak,riya',h1n1..)
jaw tekateki 2 - ganjarannya sama seperti menunaikan haji dan dlm riwayat yg lain,sama seperti mengerjakan umrah bersama Nabi Allah SAW

teka-teki 3 - bagaimana kita mahu mendapatkan ganjaran umrah tanpa memakai ihram?

bersambung..

No comments:

Post a Comment