Tuesday, 8 September 2009

Umrah Part 2

Oleh sebab syok sgt berjalan di Mesir,akhirnya,kami hampir terlepas flight ke Jeddah..pakai ihram pun x sempat..oleh itu,sy hanya berpakaian biasa(yg penting menutup aurat)

seterusnya menunaikan solat zuhur/asar(jama; takdim),solat sunat musafir dan solat sunat ihram dalam flight ke jeddah..seterusnya memperbanyakkan talbiyah dan sempat membelek Kitab Allah beberapa helai..x sanggup rasenye utk tdo kerana sudah hampir sampai ke tanah haram..bayar mahal2,x kan nak habiskan masa dgn tidur je..lain la kalo kaya sampai boleh pergi tiap2 ramadhan kan..(jom cari duit seolah2 nak hidup smpai bile2,tapi beribadat mcm jap lagi dah nk meninggal)..

sesampainya di Jeddah..

beberapa jam sebelum berbuka puasa..

agak terperanjat kerana angin malam yang menyapa muka sgt panas..(ni belum lagi angin di waktu siang yang lagi lah panas)..seusai berbuka puasa di airport jeddah dan solat maghrib/isyak(jama' takdim),kami meneruskan perjalanan ke Tanah Haram Makkah sambil bertalbiyah..sempat tidur sebahagian dari perjalanan(lebih kurang 1 jam setengah-2 jam perjalanan)

sesampainya di hotel,kami berkemas dan sy menukar pakaian ihram kepada warna putih(sunat memakai ihram berwarna putih) dan menuju ke baitullah untuk menunaikan umrah

sedikit perkongsian ilmu..

terdapat 5 rukun umrah(jika ditinggal,tidak sah umrah)

niat
tawaf
saie
bercukur
tertib

terdapat 5 syarat wajib umrah(jika ditinggal,wajib bayar dam)

berniat di mikat
meninggalkan larangan semasa ihram(boleh cek balik dlm buku teks sekolah menengah)

alhamdulillah,rukun dan syarat umrah pertama ditunaikan di dalam kapal terbang dr Mesir ke Jeddah,bermikatkan Juhfah

dalam pukul 10.30 malam (waktu jeddah),kami menuju ke baitullah utk mengerjakan rukun umrah yg selebihnya..iaitu tawaf..

berkenaan tawaf

agak menggerunkan,kerana wajib sentiasa bersih dari hadas(tak boleh terbatal wudhuk) sedangkan manusia ramai dan pak2 arab,turki,sgt lah besar dan kasar..ibaratnya,jika kita terlanggar/melanggar mereka,kita yang akan terpelanting..kalo mereka nak jalan,mereka boleh je terus langgar kita dan mereka boleh berjalan dgn mudahnya..

oleh itu,apa yg pnting ialah berdoa dan terus berdoa ke hadrat Allah yang memudahkan dan menyusahkan setiap urusan..setiap dari kami meneruskan perjalanan ke baitullah..sepanjang perjalanan,kami boleh lihat kawasan yang berbukit2 dengan batu2 yang besar..angin panas malam masih lagi bertiup kuat..jarak ke masjidil haram lebih kurang 15 minit perjalanan jalan kaki(boleh jadi exercise yang sgt baik)

sesampainya di depan masjidil haram,kami berehat smbil menunggu sahabat2 yang sudah terbatal wudhuk dan tempat ambil wudhuk x disediakan seprti di Malaysia..jauh dan terbuka tmpatnye..toilet pula,wallahua'lam..sebab x pernah masuk..

smbil menunggu,ustaz memberitahu bahawa Arab Saudi ni adalah satu2nya negara yang masih mengamalkan hukum hudud dan hukum pancung kepala dahulunya diadakan di depan masjidil Haram namun kini sudah bertukar tempat.

setelah lama menunggu,akhirnya kami masuk ke Masjidil haram..saat kali pertama melihat kaabah..aduh..sgt syok..tersergam indah..cantik..dan kami menadah tangan berdoa ke hadrat Allah..saat itu juga agak terkejut kerana,jumlah org yang mengelilingi kaabah agak sedikit.tak banyak seperti dalam gambaran..tawaf di lakukan dengan mudah sekali..wudhuk dapat dijaga dgn baik sekali gus menyangkal dakawaan2 yang pernah didengar iaitu,byk kali kali kene berhenti sebab batal wudhuk..tawaf pertama sgt smooth dan senang..alhamdulillah..

namun,sy,abah n kamilah terpisah dgn org lain..x tau kenapa..mmg dah tak jumpa mereka..

seterusnya,kami bergerak ke tempat saie..saie dilakukan sebanyak 7 kali..dari safa ke marwah..jaraknya lebih kurang 1 km mungkin..saat tu terbayang,bagaimana siti hajar dlm kepanasan berlari dr bukit safa ke marwah..kami yang saie di bawah angi kipas pun dah basah lencun bajunya..apatah lagi siti hajar yg berlari di bawah terik mentari..abah nampak letih dan byk kami berhenti 2 kali utk bagi abah rehat(nasib baik boleh minum air..letih yang amat)..

semasa pusingan saie yg terakhir,kami terjumpa 1 org kawan yang dtg sekali umrah..terkejut kami,bile die kate tu saie pusingan pertama utknya,sdgkan kami dah pusingan terakhir..betapa Allah memudahkan urusan kami..mgkin mereka diuji semasa di tawaf,kerana setelah selesai tawaf tadi,kaabah penuh dgn manusia..tidak seperti sewaktu kami tawaf..

abah "mungkin kita je nampak ramai org tawaf..mana kita tahu,org yg sdg tawaf tu xrasa pun ramai org..ntah2 malaikat yang sedang tawaf..setiap org akan ade rezeki masing2..jgn bmbang.."

mungkin kata2 abah btol..=)

selesai saie,kami bercukur..setiap rambut yang digunting,akan menghapuskan 1 dosa,menambahkan 1 pahala kita..Maha Pemurah Allah yang sgt pemurah dalam memberikan rezeki dan ganjaran pada hambaNya namun amat keras siksaanNya pd hambaNya yang ingkar..igt tu kawan2..elakkan diri dr maksiat agar kita terhindar dari murka Allah..

selesai bercukur,bererti kita sudah selesai umrah dan bolehlah pulang ke hotel utk berehat..jam menunjukkan 2.30 pagi..semasa kami ambil kasut,kasut rakan2 masih situ,menandakan mereka belum lagi siap..Moga Allah permudahkan umrah mereka seperti Allah permudahkan umrah kami..

sampai di hotel,sy terus sahur..makan roti dan terus tidur selama 1 jam..dan bangun kembali,utk ke Masjidil Haram utk solat subuh..lebih kurang jam 4.40 pagi..

sampai di lobi hotel,kami bertemu rakan2 umrah lain yg baru sahaja pulang mngerjakan umrah..terkilan juga..kami sekeluarga sempat tidur dan bersahur namun mereka tidak punya masa utk semua tu..tamabahan pula ade seorang jemaah yg hilang semasa saie..Allah sahaja tempat sy bergantung agar ahli keluarga dan jemaah umrah selamat semuanya..

jaw teka teki Umrah Part 1 : sirah nabi Musa

teka-teki 2 : apakah ganjaran umrah di bulan ramadhan?

bersambung..

2 comments:

  1. masha-Allah..bestnya dapat pegi umrah.bila kak fatin pegi ni? ramadhan sekarang?

    ReplyDelete
  2. igt x hari kita ym tu?masa tu baru pulang lah tu =)..mmg x ramai tahu..yg rapat2 je tau

    ReplyDelete