Monday 30 March 2009

antara kehendak saya dan kaMU

beberapa bulan dulu,bila dapat tahu MSM Travel and Tours nk buat trip umrah,rasanya saya lah orang paling gumbira. Waktu tu bagai dapat rezeki yang datang bergolek dan sebuah berita gumbira bilamana saya terlepas beli tiket murah Air Asia. Rasa takjub dengan kuasa Allah..bilamana saya bersedih tak dapat tiket murah,Allah ganti dengan kegembiraan yang tak tergambar bila tengok iklan MSM pasal umrah tu..

beberapa lama selepas itu,selepas sign in nak ikut trip tu dan bayar duit pendahuluan,diberi lagi berita gumbira.Visa telah lulus dan tak de masalah mahram.maka dapatla saya belayar ke tanah haram semasa cuti musim panas nanti

tapi..beberapa hari lepas..selepas segalanya nampak mudah dan lancar..tiba-tiba Allah tarik kegembiraan itu..bila ada masalah tiket dengan Saudi Airlines pula..segala yang nampak jelas,kini nampak kabur..segala yang gembira kini bertukar duka

Ya Allah..aku masih lemah..hati masih kotor..

dah banyak kali usaha nak menjejakkan kaki ke tanah suci..siapa yang kenal saya mungkin tahu dah banyak kali saya try nk ke sana..bukan duit yang jadi halangan..bukan masa yang jadi halangan..sekuat mana saya berusaha namun tanpa redha dan bantuan dariNya saya masih lemah..

ini bukan salah MSM..ini bukan salah Saudi Airlines..tapi memang Allah dah berkehendak
antara tanah haram dan keluarga..mana jadi taruhan..yang mana jadi pilihan..istikhara jadi jalan..petunjuk Allah jadi panduan..

sahabat sekalian,di kala kita di persimpangan,jangan lupa ada kuasa yang besar menemani kita..teruskan berdoa..memetik kata2 As-Shafiie..

"doa itu ibarat panahan anak panah di malam hari..tidak nampak mana panahan itu pergi,tapi bila hari siang,nampak jelas kena pada sasaran.."

maknanya..doa itu bila kita pohon tepat pada waktunya Allah akan makbulkan ia..kalau dilihat pada anak panah tu,kita ambil masa lama untuk tahu sama ada kena tepat pada sasaran atau tidak..sama juga dengan doa..mungkin Allah akan terus makbulkan..mungkin Allah tak terus makbulkan..mungkin Allah ganti dengan satu yang lebih baik yang mana Allah yang lebih mengetahui..Nabihah!! jangan khuatir..teruskan berdoa..teruskan usaha..Allah ada bersama kamu..

Ya Allah..kehendakMu akan terlaksana tapi kehendakku mungkin akan mungkin tidak terlaksana..andai baik bagiku ke tanah haram Kau mudahkanlah,andai buruk bagiku,Kau susahkanlah..amin..

Monday 23 March 2009

khas buat kamu

khas buat kamu..seorang yang banyak berjasa padaku..seorang yang sangat banyak menolongku..tika ini jiwamu kacau..tak dapat ku ungkapkan rasa risau ini namun harapanku agar dapat menyentuh hatimu dengan bait-bait ayat ini agar jiwa kacau menjadi tenang..jiwa gundah bertukar senang..

Rahmat Ujian

ketahuilah sahabat..
dalam derita ada bahagia
dalam gembira mungkin terselit duka
dalam kesenangan hadir kesakitan
dalam kesulitan ada kemudahan

sahabat..
tak siapa pinta ujian bertamu
tak siapa tahu rahmat disebalik ujian yang bertamu
tapi yang satu pasti kita tahu
itu semua yang terbaik dariNya untuk kita
apakah mampu kita menolaknya??
menolak pemberian dariNya

bibirku mudah mengucap sabar
tapi hatimu yang menanggung derita
segala duka terimalah dengan hati terbuka
walau tersiksa ada hikmahnya

harus ada rasa bersyukur
di setiap kali ujian menjelma
itu jelas membuktikan
Allah menyayangi diriMu setiap masa
Allah rindu mendengarkan rintihanMu berpanjangan
bersyukurlah dan tabahlah menghadapi..
setiap ujian yang diberi

sahabat
biar kau sendiri hingga hujung nyawa
asal kau tak sepi kasihNya
kerna sesungguhnya hakikat cinta
hanya DIA yang Esa

mungkin kamu tak tahu..bait-bait ayat ini untuk kamu..dan mungkin kamu tak akan tahu bahawa aku sebenarnya bimbang akan kamu..hanya Allah yang mengikat hati kita..cukuplah sekadar Allah untuk menenangkan kamu..doaku sentiasa bersamaMu..

Friday 20 March 2009

easter break

Alhamdulillah.akhirnya minggu-minggu yang memenatkan telah berakhir.tiba la masa untuk kita merehatkan minda dan jiwa dengan menggunakan sebaik-baiknya masa cuti yang ada ni agar bilamana kita ditanya di akhirat kelak,kita dengan penuh rasa yakinnya dapat menjawab bagaimana waktu kita digunakan. Rasanya semua pun dah plan apa perjalanan cuti ni. Perancangan awal tak bermakna cuti ni bermanfaat tapi kalau tak merancang memang cuti ni akan layu dan tak bermanfaat.Moga kita diberikan keberkatan masa dan dapat dapat menyiapkan courseworks yangtelah diamanahkan.

Sebut je pasal cuti harus ada plan berjalan-jalan melihat alam..Allah menggalakkan kita berjaulah untuk memerhatikan indahnya ciptaanNya.kerana di situ terpamer indahnya Allah. Dalam pada kita seronok melihat alam,jangan lupa ziarahi rakan-rakan kita. Ramai orang berjaulah semata-mata untuk melihat alam dalam kata lain,bershopping..ambil gambar..dsb..pernahkah kita terfikir untuk berjaulah semata-mata untuk menziarahi rakan-rakan kita yang berada di Prague,Belgium,New Zealand..dan di seluruh dunia..Ambil la masa untuk mengenali mereka andai dah terlanjur ke tempat mereka. Jangan pula bila anda pulang ke destinasi asal dialog ini berlaku..ikuti kisah ini..

Fatin: Saya baru balik dari Prague ni..comel sangat Prague..terasa mcm nk pindah sana je..(dengan muka gembira)

L**da: Ooo ye?? jalan-jalan dengan sape?duk rumah sape?

Fatin : Ntahlah..saya pun tak tau sebab tuan rumah sibuk..ntah ape nama kakak tu..sebab dia bukan kawan kitorg pn..kawan kepada kawan kitorg..lagipun die x join kitorg jalan2.Kitorg jalan berempat je..

L**da:ada pula mcm tu..sempat jumpa Meor ke tak kat Prague?

Fatin: Meor kat Prague eh??Bukan kat Chech Rep?Ke tempat yang sama tu?

Rasenya x perlu saya teruskan dialog itu..kesimpulannya..
  1. kenali tuan rumah yang bakal anda duduki. Bina hubungan erat sebelum anda pergi dan jangan terus putus ukhwah tu bila dah sampai ke destinasi asal
  2. kenali dan ziarah rakan-rakan kita yang berada di sana. Rapatkan lagi ukhwah tu.
  3. Tahu serba sedikit tentang tempat tu. Dan kaji sejarahnya. Jangan sampai tak tahu pun apa ibu negara destinasi anda..
Berjaulah pun mesti ada objektif. Kalau x capai objektif gagallah usaaha nak berjaulah dan melihat alam itu..Moga Allah selamatkan kita dalam perjalan pergi dan pulang..Amin

Thursday 19 March 2009

kenangan indah sewaktu ISOC

beberapa minggu yang lepas ISOC Nottingham University telah mengadakan Islam Awareness Week(IAW) dan banyak aktiviti yang telah dijalankan dan penglibatan secara tak langsung dalam aktiviti yang dianjukan ISOC banyak membantu saya mengenal Islam dalam erti kata sebenar.

Alhamdulillah IAW telah berjalan dengan lancar sekali dan talk-talk yang telah dianjurkan berjaya menarik minat ramai pelajar mahupun staf di Nottingham dan yang paling menarik ketika sedang mengedarkan poster-poster kecil IAW,sempat lagi melihat ragam orang ramai apabila diberitakan tentang IAW. Ada yang menolak ajakan ada yang menerima dengan hati yang senang ada pula yang berjanji akan menghebahkan pada akan sekerja..sungguh Allah menciptakan manusia pelbagai ragam.

Sebelum ISOC dimulakan secara rasminya pada hari Isnin(lupa tarikhnya), satu DAKWAH training telah diadakan pada hari Ahad sebelumnya. Dan Alhamdulillah seorang sister telah mengucapkan syahadah pada hari itu..ikuti kisahnya..

Fatin : Hi..are you muslim?(jumpa di prayer room..dengan selambanya saya bertanya)
N***: Yup..I declared my syahadah yesterday
Fatin:Ooo really?? Alhadulilah(muka terkejut..yang memang tak sangka dpt jumpa org yang revert to Islam secara live)

selepas tu saya pun dah lupa apa yang kami borak sampaila dia bercerita bagaimana die menemui Islam..ikuti ceritanya

N***: 6 months ago, my boyfriend reverted(guna revert instead of convert sebab semua manusia dilahirkan sebagai Islam.jadi penggunaan perkataan kembali pada Islam lebih sesuai berbanding bertukar kepada Islam.Apply to muslim juga..moga kita semua kembali pada Islam) to Islam and during that time I would never imagine that I will become Muslim. But I am not being a muslim because of him but it is totally because I know Islam is the best religion. I was thinking about a power that organise and control this world. Even meeting with you today has been set by Him,The Almighty..(wah..sungguh hebat fahamnnya,hati saya berbisik). yesterday, when I met Sheikh(sheikh yang dtg bagi talk pasal dakwah training),I tell him that if I would like to declare syahadah what should I do? He asked me to learn about Islam..try to perform solat and try to fast..But I said..I know how to pray and I've tried to fast..Sheikh replied..So, you are already a Muslim..What are you waiting for??..I declare syahadah right after that.

Fatin:Did you go to the talk last night?Your story is almost the same like Idris tawfik's..
N***: yeah..I cried when I listen to him last night
Fatin:how about your boyfriend?
N***:we getting married this Sunday.Before this, we stay together and after he became muslim we stay apart and now,since we are muslims so we need to get married so that we can stay together. We want to make it faster(wow!!hebatnya..berapa ramai lagi kita yang asik syok bercouple tapi sister kita ni,apabila die dah faham terus die berusaha amalkan apa yag die faham iaitu dalam menjaga hubungan dengan lelaki yang bukan mahram.moga Allah membuka hati kita untuk faham seperti sister kita ni)
Fatin:wow!!you declared your syahadah last sunday and you are getting married this Sunday??Allhamdulillah..(cukuplah smpai di sini dahulu)

Moral of the story: kadang-kadang kita akan lebih mengenali dan memahami islam apabila kita berbicara dengan orng sebegini. walaupun baru memeluk Islam namun kefahaman mereka mungkin melebihi kita yang dah lama dalam Islam. Betapa kita harus hargai nikmat Islam itu sebelum Allah menggantikan kta dengan kaum atau orang lain. Allah tak perlukan kita untuk menaikkan Islam tapi kita sentiasa perlukan Allah untuk menaikkan Islam..walau tanpa kita,Islam tetap akan naik kembali

cerita ni bukan rekaan tapi ayatnya tak la sama sebiji-sebiji dengan apa yang telah kami borakkan..yang penting isi nya sampai.. hanya Allah yang lebih tahu

kenapa nak ber'blog'

tanggal 19 march 2009..akhirnya blog ni wujud.simple dan masih banyak yang perlu dipelajari..kenapa nak ber'blog'? x cukup ke dgn blog yang ada sekarang?perlu ke ada blog? sudah lama berkira-kira nk wujudkan blog ni tapi oleh sebab banyak kekangan dan realitinya saya mmg x pandai menulis menjadi alasan blog ni mengambil masa setahun untuk di'wujudkan'..

berbalik pada tajuk pertama..kenapa nak berblog? mudah saja..pengalaman yang ada harus dikongsi yang penting blog ini berisi dengan isi yang berfaedah dan bukanlah bersifat 'diari' semata-mata yang menceritakan rutin kehidupan sehari-hari. biarlah tak diupdate selalu namun setiap kali diupdate isinya dapat meninggalkan kesan mendalam kepada anda semua..jika tidak,gagallah objektif saya dan tak perlu lah saya berblog lagi..matlamatnya mesti jelas dan dalam merealisasikannya harus tegas agar hasilnya nanti dapat dtuai mungkin bukan esok..mungkin bukan lusa tapi mungkin beberapa tahun lagi dan ia terpulang pada anda yang menilai..

Ya Allah..jadikan usaha hambaMu ini suatu usaha yang diberkati..andai usaha ini dilakukan dengan penuh keikhlasan,jadikan ia antara amalan yang membolehkan hamba masuk ke surgaMu bersama orang-orang yang hamba cintai..amin

tenangkan diri..lapangkan dada..ikhlaskan jiwa..