Friday, 2 October 2009

Umrah Part 4-sabar

setiap musafir menuntut pengorbanan.begitu juga dgn musafir ke baitullah..tentulah lagi besar pengorbanannya..dan yg paling sy terasa ialah..

disaat2 ingin ke baitullah,pd waktu terlalu byk kerja yg menanti utk diuruskan..(tak perlu lah dinyatakan satu per satu)

dan antara dialog yg sy terlontarkan ialah.."ish,mnyesal aku nak g umrah..habislah kerja x siap.."

begitu teruknye sy waktu tu..padahal,yg mnyempurnakan urusan sy itu,bukan sy..tapi Allah..yang memudahkan..yang menetapkan..semuanya dr Allah..sampai mak sy berkeras x benarkan sy keluar rumah utk selesaikan kerja..dan bertegas sy hanya boleh keluar hnya dalam 3 hari..dan pilih mana kerja yg penting shja..kata mak,mana boleh nak lawan..perjalanan yang sy rancang lebih kurang selama seminggu dipendekkan mnjadi 3 hari..tapi,Alhamdulillah,dgn kuasa Allah,semua kerja yg sy buat menjadi,dan sememangnya waktu 3 hari tu lebih dr cukup..

sesampainya di mekkah,sy masih menerima sms dan fon calls dr sahabat2 berkenaan kerja2 yg ditinggalkan..masih smpat sy layan mana yg penting..

main fokus bukan kerja..namun ape yang nak ditekankan ialah..pengorbanan utk pergi meninggalkan tanah air,utk melawat baitullah..

contoh sy ni cikai je..kerja sy ni x bawa ke mana pun..tapi cuba bygkan..usahawan2 yg pergi ke baitullah dan meninggalkan kerja2 mereka..mereka mgkin akan keluarkan ayat mcm sy keluarkan.."tak nak g umrah sbb takut kerja x siap.."..tapi kita silap..jika kita lakukan setiap perkara yg Allag suruh,mesti kita senang..gembira..sbb Allah x pernah mengharapkan hambaNya susah..Allah mesti nak menggembirakan hambaNya..

sebelum sy ke tanah suci,sy selalu tonton "iktibar dr tanah suci"..utk dpt mood lah katakan..pd satu episod,sy lihat betapa seorang lelaki ni,telah berkorban sehabis baik utk membantu ibu mertuanya yang turut mengerjakan umrah..terdetik dlm hati sy,nak berikan yg terbaik utk mak sy..hehheheh

mak sy sememangnya seorang yg cepat letih dan penat..kerana mengalami masalah tekanan darah rendah dan mempunyai blood vessel yang besar..sy pun x reti nak explain tapi,yg boleh sy rumuskan,die mmpunyai masalah dgn sistem peredaran darah..(dan sebahagian besar masalahnya ade pd diri sy)..oleh itu,mak sy selalu letih dan hnya dpt pilih bbrapa waktu je utk solat di masjid

tapi,sy cuba sedaya upaya utk mnjadi "kaki dan tngannya" sewaktu di sana..

dan sy mula berfikir.."Ya Allah,nasib baik aku ade satu je mak..kalo lebih,pengsanlah.."..hal ini membuktikan,1 mak boleh jaga 10 anak tapi 1 anak tak semestinya boleh jaga 1 mak..mmg sy berusaha sungguh2 utk senangkan mak sy..bantu dia dr segenap segi..mak sy seorang yg sgt dependant dan sgt "manja"..so,melayan kerenahnya kadang2 agak menduga iman..tapi selalu sy igtkan diri sendiri.."Nabihah,kalo mcm ni pun ko x sabar,apa bleh ko claim ko dah g umrah?"

Umrah adalah satu proses mnyucikan diri..kerana Mekkah dan madinah ialah tanah suci dan ia menyucikan kita..

bila anda melangkah ke tanah suci,pelbagai rintangan dan dugaan akan tiba..tapi ingat,Allah yg menduga dan Allah yg mmberi kekuatan dan jalan keluar..

dan dialog yg paling sy gemar ialah apabila mak sy berkata

"emm..dulu,mase g haji g msjid sorang2,buat semua bnde sorang2,tapi x de la rasa susah..tapi skg,bile kakak x de je,semua bnda rasa susah n x boleh nak buat sndri.."-ada satu ketika tu,sy x dpt teman mak sy ke msjid utk solat..

dan sy mengandaikan betapa significantnya kehadiran sy di sisi mak sy bile sy dgr kata2 die sbntar td..=) mission accomplished..ehehhe

bile pulang ke Msia,sy pun terus menyibukkan diri dgn kerja2 yg tertunggak..pd suatu malam, mak sy bersuara..

"kakak,kalo asyik sibuk mcm ni,sape nak jaga ank2 kakak nanti?biar umi je lah jaga.."

sy cume tersenyum..teringat tazkirah solat subuh di masjid.."hidup ni ada dua pilihan je..sama ada awk buat bnda baik,atau buat benda yg terbaik.."..so,sy pun diam sebentar utk mnysusun kata2.."..hehhehe

"umi,dlm hidup ni kene rebut 5 perkara sebelum 5 perkara..masa senang sebelum masa sibuk..skrg ni,umi sihat..so,boleh la kakak buat kerja..kalo umi sakit..kakak x leh la buat kerja..skrg ni,blom kawin,x de anak2..so,boleh la fokus utk kerja..nanti,dah x sempat..dan dalam hidup ni,pilihan kita ade 2 je..sama buat sesuatu dengan baik..atau buat dgn terbaik..x de masa kita nak bazirkan masa utk buat bnde yg x baik..jd,skrg,kakak sedang buat kerja dgn terbaik dan memanfaatkan 5 perkara sebelum 5 perkara..ok?"

sgt banyak pelajaran yg diperoleh sebelum,semasa dan selepas mengerjakan umrah..

utk mngekalkan momentum selepas mengerjakan umrah sgt sukar..

kenapa di sana sng nak ke masjid,tp di sini sukar nak ke masjid..alasan kelas byk..masa x cukup..bla..bla..bla..alasan akan selalu ade..sbb kita selalu nak cari alasan utk escape dr tangungjawab kita..back to basic..back to Allah th Almighty..ape2 pun kita buat..biarlah Dia jd sandaran kita..biarlah Dia jd pembantu kita,setiausaha kita,teman bicara kita..

pernah kawan baik berkata "fatin,ko skrg ni makin jd secrative la.."

mmg pun,sbb ak dh kurang sgt cite kat org prob ak sbb ak yakin Dia ade utk ak

last skali..

"kalo nak tahu siapa kita disisi Allah,tanya diri kita,sapa Dia di sisi kita"

back to work..need more than 24 hours to publish this post..asik tergendala je..alhamdulillah dah siap..

Tuesday, 15 September 2009

freshers camp 09

sebuah hasil usaha sama 3 uni yg femes..Notts-Leeds-Sheffield bakal menemui anda semua pd 16-18 oct 2009..

khas buat adik2 1st year yg bakal melanjutkan pelajaran di UK terutama ke universiti2 tersebut(Notts,Leicester,Leeds,York dan Sheffield)..

kenapa Leicester dan York turut serta..?

Leicester dan York dimasukkan kerana ia berdekatan dgn Notts n Leeds..dan jika x silap,persatuan pelajar uni2 ni masih x active atau x de,jadi,kami pun ajak lah sekali..lepas ni,adik2 ke York n Leicester boleh la buat your own program,yeah!!!

penyertaan juga dibuka kepada adik2 yang tidak ke uni2 berkenaan namun berminat ke FC..jadi,usah risau semuanya dapat menyertai FC namun keutamaan akan diberi kepada adik2 yg ke uni2(Notts,Leicester,Leeds,York dan Sheffield) yang disebutkan..

jgn dilupa..non-muslims juga dialu2kan..salah seorang penulis modul kami merupakan seorang chinese yg sgt byk mmbantu..(perlu bgtau nama ke??=))

apakah ia FC??menurut Pengarah FC 09..

FC merupakan "Climax Sambutan Pelajar Baru" yg dibuat di peringkat University masing-masing. .sy yakin, 3 Uni besar yg menjadi peneraju FC ini sudah penuh dgn perancangan- perancangan program di Freshers Week di Uni masing-masing, dan harapan FC ini adalah utk menjadi satu pentas "Penutup Tirai" mereka sbg Freshers, dan menyediakan mereka ke arah kehidupan di UK dgn lebih confident dan bersemangat!

di University lain, mungkin mereka menganjurkan event-event "biasa" utk menutup musim sambutan para pelajar baru ini, tp Leeds, Notts, dan Sheffield, telah bersetuju dan bersepakat utk memilih FC sbg medan kemuncak sambutan pelajar baru ini..

Apa lebihnya FC?

seperti yang telah sy war2kan di WOW dan MOC, FC ni merupakan kesenambungan WOW dan MOC..mengapakah??..

jika dulu,di WOW dan MOC anda belajar mengenai Fiqh Travellers..kini di FC,anda juga akan belajar mengenai Fiqh Travellers namun lebih kepada praktikal nya..dalam kata lain,mempelajari Fiqh Trevellers dgn lebih mendalam dlm suasana yg lebih REAL

pengalaman sy..

apabila mdengar Ust hasrizal bercerita mngenai khuf..semuanya nampak beres..namun,bile dah buat sndiri,adei~~mcm2 persoalan muncul..oleh itu,FC adalah peluang yg bagus utk sy merungkai persoalan2 yg terlintas..

tapi!!!anda perlu bertanya dan mnggunakan peluang ni sebaik mngkin..kalo x tnya,mcm mna kami nak bantu..FC ni utk anda..gunakan sebaik mgkin!!jgn malu2...

seperti yang selalu sy war2kan FC merupakan medan utk adik2 mengenali rakan2 dr uni2 lain dan memanjangkan ukhwah..

adik2 juga berpeluang terlibat secara lgsg dgn Persatuan Pelajar Uni masing-masing..mase ni lah yg mngenali abg2 dan kakak2 dlm persatuan pelajar Uni..(Notts-NMS,Leeds-LUMSOC,Sheffield-SMSA)..sy yakin NMS,Lumsoc dan SMSA telah mengaturkan pelbagai program sepanjang sessi akademik 09/10..oleh itu,jika anda sudah mmpunyai hubungan yg baik dengan wakil Persatuan Pelajar,iAllah adik2 akan dpt manfaat yg besar utk sessi akademik yg akan datang...

tu je??..ade lagi..

peluang bersama rakan2 seperjuangan yg lain..runtuhkan ideologi2 KY bersama KY..KMB bersama KMB..uniKL bersama uniKL..peluang bg adik2 mewujudkan silaturrahim dengan rakan2 dr uni yg sama dan dr uni2 yang lain..jgn asik berkepit dgn rakan dr satu kolej persediaan je =)

dan yg paling PENTING ialah..FC sememangnya menwarkan ilmu yang berguna kepada adik2 sekalian..tidak ada yang lain kami harapkan melainkan adik2 dpt menjalani kehidupan yang baik di UK..permulaan yang baik tak menjamin pengakhiran yang baik namun jika kita langsung x berusaha utk mendapatkan permulaan yang baik..bagaimana kita kita nak menjamin pengakhiran yang baik,adik2??mingu2 pertama di UK merupakan minggu2 yang mncabar utk freshers..homesick,feel lonely,nak adopt dgn environtment lagi..trust me!!FC would be a worth investment for all..for adik2 dan juga kami yang menganjurkannya..iAllah

jika ada apa2 persoalan,commentlah..i'll try my best to answer ya!!

Allahua'lam

p/s:maaf lambat sgt update pasal ni..

p/s 2 : cerita umrah tergendala jap..try nak buat everyday,tapi x sempat..yg mngikuti cerita tu..tggu la kesudahannya..tapi kalo ak jumpa korang,ak lebih suka bercerita sbb tulisan je x cukup..tapi kene bg ak sehari semalam,baru boleh habis..hhahah!!

nak balik kmpung dah..utk raye..mula2 balik klantan then balik johor then balik Notts!!=)..kalo ad soklan,mgkin dah smpai UK baru boleh jawab..

selamat hari raya..maaf zahir batin k..

Sunday, 13 September 2009

Umrah Part 3-tawaf sunat vs umrah vs tahyatulmasjid

antara tawaf dan tahyatulmasjid yang mana lebih utama..?

bagi semua masjid,melainkan masjidilharam apabila anda melangkah masuk ke dalam masjid,anda dituntut utk menunaikan solat tahyatulmasjid

bagaimana?

mudah saja..bg yang x biasa atau x pernah buat,boleh la try..ramai org beranggapan solat tahyatul masjid adalah solat yg specific namun,jika anda masuk masjid utk solat subuh,dan solat sunat rawatib 2 rakaat sebelum subuh..nah..itulah die solat sunat tahyatulmasjid..

ataupun,anda masuk masjid utk beriktikaf semasa waktu dhuha,then anda solat sunat dhuha sebelum melakukan lain2 hal..itulah die solat sunat tahyatul masjid anda..

solat sunat tahyatul masjid boleh dilakukan pd bile2 masa(tiada waktu haram) namun,utk mengelakkan fitnah...contohnya,anda masuk masjid pd waktu yg diharamkan solat seperti antara shuruk dan dhuha,adalah lebih baik anda tidak bersolat tahyatul masjid(di sini lah pentingnya hikmah dan kebijaksaan)..takut nanti timbul syakwasangka pd org yg tak mengetahui kewujudan solat tahyatul masjid dsb..sumber rujukan:Ust Hasnil(ustaz pengiring ke Umrah)

bagaimana pula dgn masjidilharam?

yg lebih afdal semasa memasuki masjidil haram ialah melakukan tawaf sunat berbanding solat tahyatul masjid..namun,tidak semua org berkemampuan utk melakukan tawaf sunat setiap kali masuk ke masjidilharam..maka,buatlah apa yg anda terdaya..

antara tawaf sunat dan umrah yang mana lebih afdal?

tawaf sunat lebih afdal berbanding umrah..tapi,ini bukan bermakna,anda tidak perlu mengerjakan umrah utk kali ke dua,ke tiga..dan seterusnya..

selepas kita memasuki tanah haram,jika kita mahu melakukan umrah utk kali ke dua,kita harus ke tanah halal mekah..antara tanah halal yg menjadi miqat utk berniat ialah

  • ja'ranah
  • hudaibiyah
  • bil 'ali
  • tanaim
jaraknya tidak begitu jauh..(15 minit-setengah jam) perjalanan dgn kereta

mengerjakan umrah ketika ramadhan..

setelah selamat menunaikan umrah pertama,sy berkesempatan mengerjakan umrah ke dua bermiqatkan hudaibiyyah di masjid hudaibiyyah. sebelum mngerjakan umrah,hnya 1 soalan bermain di fikiran.."bolehkah ak selesaikan umrah di kala panas yang amat dan wktu saie nanti mesti kepenatan..dah la x leh minum air..huhuhu.."

tapi,oleh sbb semangat yg kuat..alhamdulillah,semasa tawaf,sekali lagi kaabah boleh dikatakan kosong..tawaf yg biasanya mengambil masa 40-50 minit utk diselesaikan,kali ini terasa lebih pndek..mgkin kerana cuaca panas,jadi x ramai yg tawaf..pusingan tawaf menjadi kecil dan sgt cepat..dan seterusnya,setelah solat sunat tawaf,aku dan abah menuju ke tmpat saie..dan alhamdulillah..kepenatan tu x terasa..semuanya seakan satu perjalanan yg sungguh mudah,lancar dan bertenaga..ternyata,ramadhan tak menghalang kita utk melakukan umrah,malah ia adalah sumber kekuatan kita dgn izin Allah yang Maha kuasa..bile kita mngharapkan sesuatu dan set fikiran kita,bahawa umrah ini akan lebih mncabar dan kita harus kuat,iAllah kita akan lebih kuat..namun jika sebelum mengerjakan umrah,kita sudah down dan set bahawa kita akan kepenatan dan lembik..dan itulah yg akan kita perolah..we are what we think!!tanamkan Allah-minded..dan kekuatan dan bntuan dr Allah akan smpai pd kita..iAllah..

jom amalkan solat sunat tahyatul masjid..bolehlah tnye ustaz di kawasan masing2 andai masih blur..tapi,jgn ditangguh bile sudah ada ilmu..sgt rugi bile x beramal dgn ilmu..

tambahan
pernahkah anda berdoa semasa minum air?semasa minum air mintalah 3 perkara..bukan sahaja sms minum air zam-zam,namun semasa minum air biasa pun boleh berdoa dgn doa ini

  • ilmu yg bermanfaat
  • rezeki yg luas dan mencukupi(byknye rezeki Allah-kerja yg bagus,studi yg dipermudahkan,keluarga yg baik,pasangan yang memahami,dan tentu skali jannatul Firdaus)
  • jauh dri sebarang penyakit(byknya penyakit-bongkak,riya',h1n1..)
jaw tekateki 2 - ganjarannya sama seperti menunaikan haji dan dlm riwayat yg lain,sama seperti mengerjakan umrah bersama Nabi Allah SAW

teka-teki 3 - bagaimana kita mahu mendapatkan ganjaran umrah tanpa memakai ihram?

bersambung..

Tuesday, 8 September 2009

Umrah Part 2

Oleh sebab syok sgt berjalan di Mesir,akhirnya,kami hampir terlepas flight ke Jeddah..pakai ihram pun x sempat..oleh itu,sy hanya berpakaian biasa(yg penting menutup aurat)

seterusnya menunaikan solat zuhur/asar(jama; takdim),solat sunat musafir dan solat sunat ihram dalam flight ke jeddah..seterusnya memperbanyakkan talbiyah dan sempat membelek Kitab Allah beberapa helai..x sanggup rasenye utk tdo kerana sudah hampir sampai ke tanah haram..bayar mahal2,x kan nak habiskan masa dgn tidur je..lain la kalo kaya sampai boleh pergi tiap2 ramadhan kan..(jom cari duit seolah2 nak hidup smpai bile2,tapi beribadat mcm jap lagi dah nk meninggal)..

sesampainya di Jeddah..

beberapa jam sebelum berbuka puasa..

agak terperanjat kerana angin malam yang menyapa muka sgt panas..(ni belum lagi angin di waktu siang yang lagi lah panas)..seusai berbuka puasa di airport jeddah dan solat maghrib/isyak(jama' takdim),kami meneruskan perjalanan ke Tanah Haram Makkah sambil bertalbiyah..sempat tidur sebahagian dari perjalanan(lebih kurang 1 jam setengah-2 jam perjalanan)

sesampainya di hotel,kami berkemas dan sy menukar pakaian ihram kepada warna putih(sunat memakai ihram berwarna putih) dan menuju ke baitullah untuk menunaikan umrah

sedikit perkongsian ilmu..

terdapat 5 rukun umrah(jika ditinggal,tidak sah umrah)

niat
tawaf
saie
bercukur
tertib

terdapat 5 syarat wajib umrah(jika ditinggal,wajib bayar dam)

berniat di mikat
meninggalkan larangan semasa ihram(boleh cek balik dlm buku teks sekolah menengah)

alhamdulillah,rukun dan syarat umrah pertama ditunaikan di dalam kapal terbang dr Mesir ke Jeddah,bermikatkan Juhfah

dalam pukul 10.30 malam (waktu jeddah),kami menuju ke baitullah utk mengerjakan rukun umrah yg selebihnya..iaitu tawaf..

berkenaan tawaf

agak menggerunkan,kerana wajib sentiasa bersih dari hadas(tak boleh terbatal wudhuk) sedangkan manusia ramai dan pak2 arab,turki,sgt lah besar dan kasar..ibaratnya,jika kita terlanggar/melanggar mereka,kita yang akan terpelanting..kalo mereka nak jalan,mereka boleh je terus langgar kita dan mereka boleh berjalan dgn mudahnya..

oleh itu,apa yg pnting ialah berdoa dan terus berdoa ke hadrat Allah yang memudahkan dan menyusahkan setiap urusan..setiap dari kami meneruskan perjalanan ke baitullah..sepanjang perjalanan,kami boleh lihat kawasan yang berbukit2 dengan batu2 yang besar..angin panas malam masih lagi bertiup kuat..jarak ke masjidil haram lebih kurang 15 minit perjalanan jalan kaki(boleh jadi exercise yang sgt baik)

sesampainya di depan masjidil haram,kami berehat smbil menunggu sahabat2 yang sudah terbatal wudhuk dan tempat ambil wudhuk x disediakan seprti di Malaysia..jauh dan terbuka tmpatnye..toilet pula,wallahua'lam..sebab x pernah masuk..

smbil menunggu,ustaz memberitahu bahawa Arab Saudi ni adalah satu2nya negara yang masih mengamalkan hukum hudud dan hukum pancung kepala dahulunya diadakan di depan masjidil Haram namun kini sudah bertukar tempat.

setelah lama menunggu,akhirnya kami masuk ke Masjidil haram..saat kali pertama melihat kaabah..aduh..sgt syok..tersergam indah..cantik..dan kami menadah tangan berdoa ke hadrat Allah..saat itu juga agak terkejut kerana,jumlah org yang mengelilingi kaabah agak sedikit.tak banyak seperti dalam gambaran..tawaf di lakukan dengan mudah sekali..wudhuk dapat dijaga dgn baik sekali gus menyangkal dakawaan2 yang pernah didengar iaitu,byk kali kali kene berhenti sebab batal wudhuk..tawaf pertama sgt smooth dan senang..alhamdulillah..

namun,sy,abah n kamilah terpisah dgn org lain..x tau kenapa..mmg dah tak jumpa mereka..

seterusnya,kami bergerak ke tempat saie..saie dilakukan sebanyak 7 kali..dari safa ke marwah..jaraknya lebih kurang 1 km mungkin..saat tu terbayang,bagaimana siti hajar dlm kepanasan berlari dr bukit safa ke marwah..kami yang saie di bawah angi kipas pun dah basah lencun bajunya..apatah lagi siti hajar yg berlari di bawah terik mentari..abah nampak letih dan byk kami berhenti 2 kali utk bagi abah rehat(nasib baik boleh minum air..letih yang amat)..

semasa pusingan saie yg terakhir,kami terjumpa 1 org kawan yang dtg sekali umrah..terkejut kami,bile die kate tu saie pusingan pertama utknya,sdgkan kami dah pusingan terakhir..betapa Allah memudahkan urusan kami..mgkin mereka diuji semasa di tawaf,kerana setelah selesai tawaf tadi,kaabah penuh dgn manusia..tidak seperti sewaktu kami tawaf..

abah "mungkin kita je nampak ramai org tawaf..mana kita tahu,org yg sdg tawaf tu xrasa pun ramai org..ntah2 malaikat yang sedang tawaf..setiap org akan ade rezeki masing2..jgn bmbang.."

mungkin kata2 abah btol..=)

selesai saie,kami bercukur..setiap rambut yang digunting,akan menghapuskan 1 dosa,menambahkan 1 pahala kita..Maha Pemurah Allah yang sgt pemurah dalam memberikan rezeki dan ganjaran pada hambaNya namun amat keras siksaanNya pd hambaNya yang ingkar..igt tu kawan2..elakkan diri dr maksiat agar kita terhindar dari murka Allah..

selesai bercukur,bererti kita sudah selesai umrah dan bolehlah pulang ke hotel utk berehat..jam menunjukkan 2.30 pagi..semasa kami ambil kasut,kasut rakan2 masih situ,menandakan mereka belum lagi siap..Moga Allah permudahkan umrah mereka seperti Allah permudahkan umrah kami..

sampai di hotel,sy terus sahur..makan roti dan terus tidur selama 1 jam..dan bangun kembali,utk ke Masjidil Haram utk solat subuh..lebih kurang jam 4.40 pagi..

sampai di lobi hotel,kami bertemu rakan2 umrah lain yg baru sahaja pulang mngerjakan umrah..terkilan juga..kami sekeluarga sempat tidur dan bersahur namun mereka tidak punya masa utk semua tu..tamabahan pula ade seorang jemaah yg hilang semasa saie..Allah sahaja tempat sy bergantung agar ahli keluarga dan jemaah umrah selamat semuanya..

jaw teka teki Umrah Part 1 : sirah nabi Musa

teka-teki 2 : apakah ganjaran umrah di bulan ramadhan?

bersambung..

Umrah Part 1

Allhamdulillah..segala puji bg Allah yg telah memudahkan urusan perjalanan pergi dan balik

menziarahi rumah Allah dan Rasul Allah sgt bermakna lebih2 lagi di bulan Ramadhan..

setelah setahun lebih menunggu,terasa berbaloi menunggu 'turn' utk menjadi tetamu Allah..bagi yang teringin utk pergi,berdoalah agar Allah memurahkan rezeki utk menjadi tetamu Nya..bukan semua terpilih dan dpt merasa nikmat ini.tapi Allah pasti bagi pada sesiapa yang teringin utk pergi..cume antara cepat dan lambat shaja

andai org lain sibuk bercerita akan jaulah mereka ke London ke Turki..atau Paris..sy hnya mampu mnceritakan perihal jaulah ke tanah haram..sebab diakui..sgt jarang berjaulah..dan jaulah ini sgt bermakna dan iAllah,duit tabung akan mula terisi lagi,agar dpt pergi ke sana lagi =)

penerbangan dri msia ke jeddah dan transit di Mesir dalam bulan ramadhan amat meletihkan..(perjalanan 14 jam ditambah trnsit yang sgt lama)..

apa bestnye Mesir..

Allah Maha Kuasa..menemukan sy dgn kubu Salahuddin Al Ayubi..tokoh yang amat sy kagumi..salah seorang hamba Allah yg berjaya menawan palestine..(boleh baca sejarah beliau yg sgt best)..melihat sungai Nil yang mengalir..

cerita menarik mengenai Mesir

dibuka oleh sahabat nabi Allah,Amru bin A's..suatu hari Sg Nil berhenti mengalir,maka,Amru bin A's mengadu akan hal itu pada Khalifah Islam,Umar al-Khattab..oleh itu,Umar ra mengutuskan surat kepada Sg. Nil meminta ia mengalir semula..itulah karamah Umar yg diberi Allah SWT..dengan izin Allah yang Maha Kuasa,Sg. Nil mengalir seperti sedia kala..

hanya 30% kawasan mesir yang diduduki manusia..70% yang lain hnyalah padang pasir!!rumah2 dibina berdekatan Sg. Nil yang subur tanahnya..namun kerajaan Mesir telah mula membuka bndar2 baru di kawasan2 padang pasir..(ala-ala bandar baru bangi gitu =)...)

di mesir juga tidak ada trafic light..jalan raya semuanya sehala dan byk sgt flyover..oleh itu,jarang berlaku kesesakan lalu lintas di Mesir..namun,oleh sbb x de trafic lite,penggunaan hon sgt2 digunakan secara maxsimum..maka,bisinglah jalan raya Mesir..

Mesir..bumi anbiya..tanah dan langit yang menjadi saksi turunnya wahyu Allah pada Musa as..Sg. nil yang menjadi saksi,kasih sayang seorang ibu dan kakak yang menghanyutkan bayinya agar terselamat dr firaun..dan laut yg menjadi saksi,angkuhnya firaun yang Allah selamatkan jasadnya utk mnjadi iktibar buat kita semua..

teka-teki:dalam Al Quran,kisah Nabi mana yang paling lengkap n byk diceritakan..Musa atau Yusuf?

bersambung..

Tuesday, 11 August 2009

kejadian di pasar

kejadian 1

tempat : pasar tanah merah

sebelum pulang,kami singgah ke satu gerai..nk beli kerepek utk saudara-mara

"pak cik,asam ni ade halal x?x jumpa pun tanda halal?" pak cik tu pun dtg ke tepi ak smbil membelek asam tu.."halal kot.."

"emm..sy x caya kalo x de halal..dah lah tulisan siam je.."

berakhir dgn x jadi membeli..

org sekarang beli brg dah x cari tanda halal..yg ade tanda pun,x semestinya halal..huuuhu..bagaimana??

kejadian 2

tempat:pasar pasir puteh

"mk cik,nak ubi rm2..eh..silap..bg rm1 je lah"

"seringgit je?x nak bnda lain dah~~smbil mengomel,ak beli sikit je"

lawaklah mk cik ni..nape nk kne suh org beli byk2?kalo senyum sikit,x pe lah..ni masam aje..mak cik,senyumlah sikit masa berniaga..nanti murah rezeki..=)..moga mak cik cepat kaya..ehehhe

kejadian 3

tempat:pasar malam gong badak

sambil tonton berita td,ak bercerita pd abah

"abah,nk dgr cerita?td,ade la sorang mk cik n anak die nak membeli di sebuah gerai..kakak duk kdai tepi..si ibu tu tnya pd penjual(seorng adik yg muda)..

"dik,ni kacang ke jagung"..kakak x dgr dah pastu apa yg diorg bual..tapi yg pasti si ibu x jdi beli makanan tu pd si anak "

selang bbrapa lama(smbil menunggu mee goreng dibungkus,kakak dgr sesuatu yang memanaskan telinga..

"bodoh btol org tu..kacang dan jagung pun x tahu beza..baik ak yg x g sekolah..x de la sebodoh tu smpai x tau beza jagung dan kacang..nanti kalo g kdai ko,die tnye..ni kew teow ke mee?bodoh btol.."

kalo abah kat situ,apa abah buat?

"kalo abah,abah kate..mk cik nk jual,jual la mk cik..truk btol eh org tu.."

haa..kakak stuju..abah tau sape si ibu n si anak?tu umi dan milah..kakak yg duk tepi kedai die tu Tuhan saja yg tau..

kakak pun jumpa mk cik tu..

"mk cik,td ade org beli kat sini..die tnye,ni kacang ke jagung..kenapa mk cik kata die bodoh?"

"mana ade sy kate.."

"jgn x ngaku lah..sy duk tepi tu td.."

"kalo ye pun,bukan sy kate kat awk.."

"mmg x kate kat sy,tapi org yg mk cik kate tu,mak sy.."

"bukan mk awk je tnye ni kacang atau jagung..sy bukan kate kat die..org yg sebelum2 ni pun dah tnye ni kacang ke jagung.."

"kalaupun,org tu bukan mak sy..tapi kalo ade org dtg kedai mk cik..then tnye,ni kacang atau jagung..jawab je la..kacang atau jagung..nape nak kate org bodoh?"

waktu tu milah di tepi ak..suh ak blah..sabar je lah..ak beredar..

slama ni,bila org hina umi ak,ak boleh diam sbb ak x dgr dgn telinga ak..tapi hari ni,bile org marah2 mak ak mcm tu..ak mmg MARAH..silap org la mk cik!!

selagi ak hidup..jgn sape2 harap boleh mngata mak ak dpn2 ak..

to Mak Cik yg menetap di bangi(sgt berharap u baca what i wrote tonite) : pls b polite to my mother..I mean it..

harap boleh masuk syurga dari pintu org yang diberkati ibu bapa..layakkah?ntahlah..


"kak,yasmin ahmad layan parents die baik sgt2"

maaf mi,kalo akak x layan umi sehebat yasmin ahmad layan parentsnya..

sayangi keluarga anda~~

berbudi pekerti amalan mulia..1 malaysia..=)

Saturday, 8 August 2009

h1n1 dan SOP

sudah sebulan yang lepas ak menulis..kini kembali merumuskan aktiviti2 semasa..=)

selasa yang lepas,berita peng"cancel"an sop tersebar luas..waktu tu,tak de sorang pun yang sanggup bgtau ak..at last,ajah sampaikan n dengan penuh tenang,kami duduk di tepi kolam sambil bercakap soal ikan dan lain2..namun,dlm hati,mungkin tak sama dengan apa yg keluar dr mulut kami saat itu..

namun,hidup mesti diteruskan..aku pun cepat2 col penceramah,ajk2bawah kendalianku,kedai buku dan pihak HPA selaku syarikat yang bakal mempamerkan barangan mereka..baru semalam(isnin),aku col mereka utk bg last update,tak kusangka,x smpai 1 hari,kene col,utk di cancel

semalam(sabtu),aku dgr ceramah di IKIM..Ustaz tu kupas buku La Tahzan..katanya.."Jika awak buat sesuatu kerja,tapi kerja tu senang je..smooth..x de cabaran..tinggalkan kerja tu tapi kalo byk cabaran..haaa..teruskanlah sbb di situ Allah nak tunjuk kasih-sayangnya.." dan mungkin Allah nk tunjuk kuasanya..

Banyak betul Allah mudahkan jalan yang aku rasa aku dah x dpt buat..di saat2 aku give up dan letih dgn SOP..Allah bantu dan semuanya jadi mudah..pengalaman dengan SOP sgt manis walaupun byk yang pahit..

masa dpt tahu KYUEM ditutup akibat h1n1,aku terduduk..betol ke ni?masa tu,yang berlegar2 hanyalah,"dah tu sia2lah penat selama ni..?"..

tapi,bila ajah dah smpaikan betol2 SOP di"cancel"..alhamdulillah..dapat terima dgn sabar=)

beberapa lama selepas tu,aku dapat msg dri adikku..hidayah..

"nabihah,jabatan bawa aku ke hospital sg. Buluh"

masa tu,dlm kepala..alamak,hidayah kene h1n1 la pulak..semalam(pada ahad lepas),die dikejarkan ke hospital klang,tapi oleh sbb ramai sgt manusia,die balik semula ke politeknik Shah Alam..

terasa beban yang amat..padahal waktu tu,aku di kem bumi jati(hadiri MOC)..sgt dekat dgn hidayah tapi x dpt jenguk die..terkandas!! dan ak x boleh pergi sesuka hati,sebab tangungjawab sebagi faci harus diutamakan..cuba utk relax n layan adik2 dgn baik..tapi smpai bile boleh smbunyikan??ajah juga jadi tempat mengadu..

Alhamdulillah,Hidayah makin ok..demam pun dah berkurangan..jadi,ak decide utk lawat die di politeknik selepas habis MOC..letih yang amat..x tertanggung dah..aku teman die shopping barang2 keperluan dan makanan..dan teman die buka puasa(puasa sunat nisfu syaaban) dan bergegas pulang ke Greenwood utk naik bas pulang ke Terengganu jam 10.30 malam..

letih + gembira dapat jumpa hidayah..byk kali aku terlelap dalam tren..sampai hampir2 terlepas stesen KL sentral dan Taman melati..sampai di greenwood jam 10 mlm..oleh sbb terlalu penat..aku tertidur di bus stop dan akhirnya,tertinggal bas..hohohooh..jam 11 malam..nak kemana malam2 mcm ni..dgn iringan doa,aku tahan bas terakhir yang menuju ke terengganu dan mohon agar die benarkan ak naik..

alkisahnya,drivernya garang dan x benarkan ak naik..Allah yang lembutkan hatinya..Alhamdulillah,smpai ke Terengganu esknya..

setelah berehat,jam 8 pagi ak bergegas pula keluar menghadiri satu kursus di sebuah masjid..pulang pada waktu tengahari..dan boleh rehat sepuas-puasnya..

apa pengajarannya?

Allah tahu setiap perkara yang terjadi..kalau nak hidup senang,pandai2 la jaga Allah,kerana Allah akan jaga kita..=)

moga setiap urusanku selepas ni akan menjadi lebih mudah..amin

*back to work